Connect with us

Oh! Media

“Lepas Ini Mereka Mungkin Boleh Balik Awal Selalu? Entah” – Lambaian Terakhir Kru Buat HOM-AW139

Helikopter 2

Trending

“Lepas Ini Mereka Mungkin Boleh Balik Awal Selalu? Entah” – Lambaian Terakhir Kru Buat HOM-AW139

Awal pagi hari ini, negara dikejutkan dengan kejadian pertembungan dua helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat sempena sambutan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90.

Dalam tragedi itu, seramai 10 mangsa terdiri daripada tujuh kru dan tiga penumpang disahkan maut.

BACA: Dua Buah Helikopter ATM Bertembung Di Udara, 10 Anggota Terkorban

IKLAN

Terbaru, tular di media sosial perkongsian Facebook 503 Squadron pada 19 April lalu menunjukkan dua pesawat HOM-AW139 membabitkan sembilan kru udara dan 11 juruteknik ke Lumut, Perak.

Mereka dijadualkan menyertai Lintas Hormat di KD PELANDOK sempena perbarisan Hari Ulang Tahun TLDM ke-90 pada 27 April 2024.

Helikopter terhempas

Manakala, demonstrasi udara di Hari Terbuka Armada dijadualkan pada 3 hingga 5 Mei 2024 di Pangkalan TLDM Lumut, Perak.

Paling menyedihkan, salah satu gambar menunjukkan sebahagian kru yang tinggal memberi lambaian terakhir buat dua pesawat berkenaan.

Tldm lumut
Helikopter

Di ruangan kapsyen, admin atau pengendali laman Facebook berkenaan menulis, “Lambaian penuh makna daripada sebahagian kru yang tinggal, selepas ini mereka mungkin boleh balik awal selalu? Entah, min masih mampu bersangka baik”.

Difahamkan, pasukan itu diketuai Pegawai Memerintah Skuadron 503, Komander Muhammad Firdaus Ramli, yang turut menjadi juruterbang sebuah daripada helikopter tersebut.

Kredit: Berita Harian | 503 Squadron

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas