Connect with us

Oh! Media

Hukum Bernikah Pada Bulan Syawal

ssdfjpg

Umum

Hukum Bernikah Pada Bulan Syawal

SOALAN:
Benarkah cakap sesetengah orang yang mengatakan bernikah pada bulan Syawal adalah makruh?

JAWAPAN:
Tidak makruh bernikah di bulan Syawal bahkan sunat dan afdhal hukumnya. Perkataan yang mengatakan makruh nikah bulan Syawal itu tidak mempunyai dalil.

Telah diriwayatkan dariada Aisyah r.a kata beliau:

IKLAN

تَزَوَّجَنِي رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وآله وَسَلَّمَ فِي شَوَّالٍ
“Rasulullah saw telah menikahi aku pada bulan Syawal.” [Riwayat Muslim]

Berkata Imam Nawawi:

فِيهِ اسْتِحْبَابُ التَّزْوِيجِ وَالتَّزَوُّجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ، وَقَدْ نَصَّ أَصْحَابُنَا عَلَى اسْتِحْبَابِهِ، وَاسْتَدَلُّوا بِهَذَا الْحَدِيثِ، وَقَصَدَتْ عَائِشَةُ بِهَذَا الْكَلَامِ رَدَّ مَا كَانَتِ الْجَاهِلِيَّةُ عَلَيْهِ وَمَا يَتَخَيَّلُهُ بَعْضُ الْعَوَامِّ الْيَوْمَ مِنْ كَرَاهَةِ التَّزَوُّجِ وَالتَّزْوِيجِ وَالدُّخُولِ فِي شَوَّالٍ، وَهَذَا بَاطِلٌ لَا أَصْلَ لَهُ اهـ
“Pada hadith ini menjadi dalil disunatkan menikahkan dan bernikah dan bersama dengan isteri pada bulan Syawal. Dan para ulama’ mazhab Syafie telah menaskan atas sunat bernikah pada bulan Syawal dan berdalil mereka dengan hadith ini. Dan maksud Aisyah r.a dengan ucapannya itu ialah menolak anggapan jahiliyyah atasnya dan menolak apa yang disangka oleh sebahagian orang awam makruh bernikah dan menikahkan dan bersama pada bulan Syawal. Sangkaan ini adalah batil tiada baginya asal.” (Kitab Syarah Muslim)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Makan


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas