Connect with us

Oh! Media

“Aku Silap, Tak Perlu Pun Beriya Tunjuk Perut Atau Dada Bila Kurus” – Norreen Iman

Norreen Iman 2

Oh! Artis

“Aku Silap, Tak Perlu Pun Beriya Tunjuk Perut Atau Dada Bila Kurus” – Norreen Iman

Pelakon dan pempengaruh popular, Norreen Iman kini tampil dengan imej bertudung sepenuhnya. Selebriti ini juga sudah memadam kebanyakan gambar dan video di Instagram yang mendedahkan aurat.

BACA: Kini Berhijab, Norreen Iman Menangis Padam Posting Tak Tutup Aurat Di Instagram

Terbaru, Norreen mengakui menerima Direct Message (DM) dan komen daripada peminat yang meluahkan rasa seolah-olah kehilangan diri sebenar pelakon itu.

IKLAN

Masih sama Norreen Iman yang dulu

Screenshot 2024 02 01 175034

Namun, dia menjawab Norreen masih sama seperti dulu. Apa yang berubah adalah penampilannya sahaja.

Dalam masa yang sama, dia mahu mengurangkan percakapan dan bahasa yang kurang sopan sesuai dengan perubahannya ke arah yang lebih baik.

Siapa yang tak nak berubah jadi insan yang lebih baik untuk masa hadapan? Apa yang aku kena buat sekarang, aku kena kurangkan cara percakapan aku.

Pelakon ini berkata lagi, dia pernah mempunyai persepsi yang salah apabila berjaya mengurangkan berat badan.

Pernah rasa bila kurus kena seksi

Norreen pakai tudung

Norreen menganggap, bila dah kurus dia perlu menunjukkan bentuk badan dan tampil seksi untuk meyakinkan orang.

Aku yang menggelabah. Aku rasa ini reward untuk diri aku, aku boleh pakai apa aku suka, pakai baju dah tak perlu tengok yang plus size sangat. Aku rasa seronok.

Tapi, ya aku silap. Sebenarnya tak perlu pun aku nak tunjuk beriya bagai, nak tunjuk perut tunjuk bo*bies.

Walaupun susah nak tinggalkan cara percakapan lama, Norreen berkata dia sedang berusaha yang terbaik.

Apa-apa pun kita doakan Norreen semoga kekal istiqamah di jalan yang benar. Amin!

Kredit: Instagram Norreen

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas