Oh! Artis
Kini Berhijab, Norreen Iman Menangis Padam Posting Tak Tutup Aurat Di Instagram
Pelakon dan pempengaruh terkenal, Norreen Iman nampaknya membuat keputusan tepat apabila memadam kebanyakan hantaran di Instagram.
BACA: “Ini Tidak Kelakar!” Norreen Iman Dikecam Buat Lawak Ketika Solat
Menerusi perkongsian di Instagram Story, selebriti ini memaklumkan daripada 2,000 hantaran sebelum ini, dia hanya meninggalkan 300 hantaran.
Norreen padam gambar tak bertudung

Memang banyak kenangan dengan anak-anak, suami dan kawan-kawan tetapi pelakon ini nekad dengan keputusan yang dibuat.


Pelakon ini juga menangis sambil memadam kenangan lalu yang sangat dirinduinya. Tetapi dia langsung tak menyesal.
Terdahulu, Norreen menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej memakai tudung. Walaupun masih tak sempurna dalam menutup aurat, ramai yang mendoakan pelakon ini supaya kekal istiqamah.
Kredit: Instagram Norreen Iman
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM