Connect with us

Oh! Media

“Saya Perlu Menjaga Nama Baik Saya Dan Keluarga Yang Tidak Bersalah” – Suami Lufya Omar

copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252842529png

Umum

“Saya Perlu Menjaga Nama Baik Saya Dan Keluarga Yang Tidak Bersalah” – Suami Lufya Omar

Nampaknya drama diantara penyanyi dan pelakon iaitu Lufya Omar dan suaminya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum masih belum selesai lagi gais. Kali ni suami dia pula buat report polis terhadap isterinya sebab membuat tuduhan yang sangat keterlaluan.


Alamak, apa dah jadi ni? Walau bagaimanapun, kes ini masih dalam siasatan. Kita tak boleh lah dengar sebelah pihak je, betul tak? So, kita tunggu jelah penjelasan daripada pihak sebelah lagi.

Sis doakan agar mereka berdua boleh menyelesaikan masalah ni secepat mungkin dan dipermudahkan segala urusan. Amin. Kalau korang nak tahu diorang ni sebenarnya dah ada anak sorang yang bernama Laura Haura berusia 2 tahun.

Saya menafikan semua tuduhan yang dibuatnya. Malah saya juga telah membuat laporan polis yang disertakan dengan butiran bukti kukuh pada minggu lalu. Kes tersebut masih dalam penyiasatan dan biarlah pihak berkuasa yang melakukan siasatan,” katanya dalam sebuah kenyataan media. Ini kerana tuduhan yang dibuat olehnya begitu keterlaluan dan saya perlu menjaga nama baik saya dan keluarga yang tidak bersalah selain imej sebagai seorang doktor serta penjawat awam. Kita tunggu sahaja keputusan pihak polis dan saya sebolehnya mahu ia diselesaikan cara baik, lebih rasional dan mengikut saluran yang betul. Jika perlu, saya akan bersedia untuk ke tengah dan saya turut berharap agar netizen mendoakan yang baik-baik ketika ini. Biarlah kami mampu untuk selesaikan perkara ini dengan cara yang betul.

Sumber: Astro Gempak

IKLAN

+ Baca respon pembaca Oh! Media.


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas