Connect with us

Oh! Media

Hukum Nikah Dengan Anak Bekas Isteri

gfbrpng

Umum

Hukum Nikah Dengan Anak Bekas Isteri

SOALAN:
Adakah seorang lelaki boleh bernikah dengan anak kepada isterinya selepas penceraian?

JAWAPAN:
Tidak halal bagi lelaki berkahwin dengan anak perempuan isterinya apabila dia telah ceraikannya selepas berlaku persetubuhan. Namun jika belum berlaku persetubuhan dengannya, maka tidak mengapa dia mengahwini anak isterinya itu.

Firman Allah Taala:

IKLAN

حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ
“Telah diharamkan atas kamu semua segala ibu-ibu kamu dan segala anak-anak kamu”, sampai Allah berfirman:


وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ
“Dan diharamkan atas kamu semua akan anak-anak tiri yang tinggal bersamamu yang telah kamu setubuhi akan ibunya. Maka jika kamu belum bersetubuh dengan ibunya maka tidak mengapa atas kamu (berkahwin).” (An-Nisaa’: 23)

Telah berkata oleh Syeikh Khatib Syarbini dalam kitab Iqna’ ketika menyebut orang yang haram lelaki bernikah dengannya:

والربيبة إذا دخل بالأم) بعقد صحيح أو فاسد؛ لإطلاق قوله تعالى: ﴿وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُمْ مِنْ نِسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَإِنْ لَمْ تَكُونُوا دَخَلْتُمْ بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ﴾ [النساء: 23]، وذِكْرُ الحجور خرج مخرج الغالب، فلا مفهوم له
“Dan haram anak tiri yang telah kamu setubuhi akan ibunya dengan akad yang sahih atau fasad kerana umum firman Allah: “Dan diharamkan atas kamu sekalian segala anak-anak tiri kamu yang tinggal bersama kamu dari isteri yang telah kamu setubuhi dengannya. Maka jika belum kamu setubuhi akan ibunya maka tiada salah atas kamu.” Dan Allah menyebut yang tinggal bersama kamu itu tidak disyaratkan begitu hanya atas jalan kebiasaan.”

Berkata Syeikh Bujairimi pada Syarah kitab Iqna’ :

والحاصل أن الدخول بالأمهات يحرم البنات، والعقد على البنات يحرم الأمهات
“Dan kesimpulannya bahawa setubuh dengan ibu itu mengharamkan akan anak dan akad dengan anak itu mengharamkan akan ibu.”

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas