Connect with us

Oh! Media

Hukum Isteri Dalam Iddah Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Lain

gfbpng

Umum

Hukum Isteri Dalam Iddah Mahu Berkahwin Dengan Lelaki Lain

SOALAN:
Seorang isteri yang telah bercerai dengan suaminya tapi masih dalam iddah telah berkenalan dengan seorang lelaki dan selalu berhubung melalui telefon. Lelaki tersebut telah mengajak perempuan tersebut bernikah selepas habis iddah nanti dan perempuan itu telah bersetuju. Apakah hukumnya perempuan tersebut berkenalan dan mahu bernikah itu?

JAWAPAN:
Perempuan yang sedang dalam iddah talak raj’ie adalah masih isteri orang. Wajib dia menjaga dirinya dari perbuatan derhaka kepada suaminya.

Wajib dia meminta izin suaminya itu jika mahu keluar dari rumah dan mahu pergi kemana-mana. Manakala suaminya masih wajib memberinya nafkah.

IKLAN

Perbuatan perempuan itu berkenalan dengan lelaki lain adalah haram dan maksiat yang besar dan perbuatan lelaki tersebut yang mengajak perempuan itu bernikah adalah haram kerana sama hukumnya dengan mengajak isteri orang bernikah.

Berkata Sahibul Fadhilah Mufti Mesir:

اتفق الفقهاء على أنه يحرم التصريح أو التَّعريض بخطبة المعتدة الرَّجعية؛ لأنَّها في معنى الزوجية؛ لعودها إلى النِّكاح بالرَّجعة
“Telah sepakat para ulama’ atas bahawasanya haram meminang dengan jelas atau dengan sindiran akan perempuan yang sedang dalam iddah talak raj’ie. Ini adalah kerana perempuan itu masih berstatus isteri orang kerana perempuan itu akan kembali kepada suaminya dengan rujuk.”

Berkata Imam Nawawi:

وَأَمَّا التَّعْرِيضُ فَيَحْرُمُ فِي عِدَّةِ الرَّجْعِيَّةِ
“Dan adapun meminang perempuan dalam iddah talak raj’ie itu hukumnya adalah haram.” (Kitab Raudhah At-Thalibin)

Berkata Imam Ibnu Qudamah:

الرَّجْعِيَّةُ لَا يَحِلُّ لَأَحَدٍ التَّعْرِيضُ بِخِطْبَتِهَا وَلَا التَّصْرِيحُ؛ لِأَنَّهَا فِي حُكْمِ الزَّوْجَاتِ
“Perempuan yang dalam iddah raj’ie tidak halal bagi seorang pun meminangnya sekalipun dengan cara sindiran apa lagi secara terang-terangan. Sungguhnya perempuan yang dalam iddah raj’ie ini adalah masih dalam hukum isteri orang.” (Kitab Al-Mughni)

Wallahua’lam.

Oleh: Ustaz Azhar Idrus
+ Baca Respon Pembaca di Facebook Oh! Media


Oh! Youtube


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas