Oh! Artis
“Hak Staf Di Akhirat Dititikberatkan” – Netizen ‘Sakit Mata’ Tengok Watie Mewah, Bandingkan Dengan Arwah
Dari zaman bercinta sehinggalah berkahwin, pasangan Shuib dan Watie sentiasa menjadi perhatian netizen.
BACA: Shuib Ubi Nafi Hidup Mewah, Hanya Pergi Kerja Dan Main Golf
Ada je yang tak kena sehingga Watie terpaksa menjawab tohmahan yang dilemparkan tanpa usul periksa. Terbaru, seorang netizen membandingkan Watie dengan arwah Siti Sarah.
Netizen itu berkata, arwah Siti Sarah memakai tudung tutup dada dan tidak bergaya dengan beg tangan mewah. Satu keluarga mereka juga tak pakai baju sama tetapi lebih menjaga hak staf untuk kesejahteraan di akhirat.

Tak berdiam diri, Watie berkata beg tangan mahal adalah 100% daripada hasil pendapatannya sendiri. Tak guna duit Shuib pun guys.
Bab pakai sedondon anak beranak pula, isteri Shuib ini menjawab itu adalah caranya menguruskan rumah tangga.
Eh, ada pula dia banding-bandingkan Watie dengan arwah. Memang kena ‘sekolah’ dengan para pengikut Watie yang lain.



Sabar jelah Watie, ada je yang tak kena. Rasanya Watie dah buat yang terbaik untuk suami dan anak-anak. Janganlah banding-bandingkan pula.
Kredit: Instagram Watie Hanifiah
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM