Trending
Bekas Penyanyi In-Team, Suhaimi Saad Meninggal Dunia
Bekas anggota kumpulan nasyid, In-Team Suhaimi Saad dilaporkan meninggal dunia sebentar tadi lebih kurang jam 7.40 malam di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Berita duka itu disampaikan laman rasmi kumpulan In-Team menerusi satu perkongsian di Facebook.

Terdahulu, bekas penyanyi ini ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) HSI selepas mengalami jangkitan kuman pada paru-paru.
Suami kepada Ina Naim dilaporkan sudah beberapa bulan batuk berpanjangan dan cirit birit sehingga berat badannya turun mendadak.

Salam takziah diucapkan kepada isteri, anak-anak serta seluruh keluarga almarhum. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Al-fatihah.
Kredit: Kosmo!
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM