Connect with us

Oh! Media

“Majikan Bermewah-Mewah Tapi Pekerja Tercungap-Cungap” – Surat Terbuka Buat Shuib Ubi?

Shuib ubi bubblebee ohmedia

Oh! Artis

“Majikan Bermewah-Mewah Tapi Pekerja Tercungap-Cungap” – Surat Terbuka Buat Shuib Ubi?

Hari ini tersebar pula satu surat terbuka daripada pekerja Bubble Bee buat pemilik mereka, pelawak Shuib Ubi. Surat itu dimuat naik melalui aplikasi TikTok dan mereka mendakwa syarikat minuman terbabit gagal menjalankan tanggungjawab sebagai majikan.

Antara isu yang dibangkitkan adalah, pihak Bubble Bee didakwa menolak bahagian gaji pekerja bagi caruman KWSP setiap bulan tetapi apabila mereka menyemak, tiada sebarang transaksi berlaku pada akaun KWSP mereka.

Image 17

Sampai bila ya taknak bayar KWSP pekerja? Setiap bulan dalam slip gaji untuk EPF ditolak sedangkan dalam I-Akaun KWSP tiada transaksi kemasukan duit di buat. Ke manakah duit yang hilang hasil daripada penolakan EPF di dalam setiap slip gaji pekerja tu?

Berikut adalah isi surat terbuka pekerja buat syarikat Bubble Bee…

Image 13
Image 14

Namun untuk tahun 2023, syarikat hanya melakukan pembayaran pada bulan Julai 2023 sahaja. Dalam pada itu, individu terbabit turut berkongsi tangkap layar akaunnya telah disekat Shuib di Instagram.

IKLAN

Setakat ini, masih tiada sebarang kenyataan rasmi daripada Shuib mahupun wakil syarikat Bubble Bee.

Kredit: TikTok

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas