Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Malu Duduk Di PPR” – Haneesya Hanee

copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252812529png

Umum

“Saya Tak Malu Duduk Di PPR” – Haneesya Hanee

Baru-baru ini, Haneesya Hanee memberitahu yang dia rasa bersyukur dengan pemberian Allah SWT apabila dia mendapat rumah PPR yang kini menetap bersama keluarganya. Walaupun dia duduk di PPR, dia tahu asal usulnya dan tak rasa malu pun.

Ya lah, atleast kita ni dapat tempat untuk berteduh dari panas terik dan hujan kan? Kita dapat tempat untuk berlindung pun sudah dikira sebagai rezeki daripada Allah SWT. Cuba tengok nasib orang gelandangan dekat tepi jalan tu. Kesian kan?


Apalah nasib orang gelandangan bila tak ada rumah, pakaian dan makanan tu. Tak apa lah Haneesya, biarlah orang yang mengata tu. Mungkin pada suatu hari nanti Haneesya pula gelak dekat diorang nanti.

Jadikan kecaman daripada netizen ni sebagai motivasi untuk Haneesya bangkit semula dan buktikan kepada diorang semua yang Haneesya lebih hebat dan boleh berjaya pada masa akan datang. Apapun, sis doakan agar Haneesya terus maju jaya dalam industri seni. Amin!

IKLAN

Saya tak malu duduk di PPR. Saya tahu asal usul diri. Bagi saya, isu menetap di kawasan PPR tidak pernah menjadi ‘kudis’. Pernah dahulu, kami hidup susah sampai jadi gelandangan dan menumpang rumah orang lain. Apabila mendapat rumah PPR, ia menjadi suatu pemberian Allah yang amat disyukuri. Dapatlah kami anak beranak berteduh daripada panas dan hujan. Saya kenang jasa rumah PPR. Rumah pangsa ini tidak ada salah. Biasalah, tanggapan orang. Keluarga saya seronok hidup berjiran. Ramai jiran saya kenal termasuk ramai yang berniaga makanan, di sini. Kami bergaul rapat dan selalu bertanya khabar. Buat masa sekarang, saya ikut kemampuan dan keperluan. Tak terfikir lagi hendak duduk di rumah lain.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!


OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas