Connect with us

Oh! Media

“Terpulang Untuk Orang Luar Membuat Andaian ” – Mira Filzah

copy2bof2badd2ba2blittle2bbit2bof2bbody2btext2b252812529png

Umum

“Terpulang Untuk Orang Luar Membuat Andaian ” – Mira Filzah

Setiap kali Mira Filzah memuatnaik gambarnya bersama seorang lelaki, mesti netizen membuat andaian sendiri kan? Lepas tu mulalah netizen gabungkan nama Mira dengan lelaki tersebut. Haih, macam-macam karenah lah korang ni! Hehehe.

Baru-baru ini, Mira memuatnaik gambar bersama Caprice di Instagram sampaikan ada yang mendoakan diorang berdua ada jodoh. Amboi! Mira pun sendiri berkata terpulang kepada korang semua nak buat andaian sendiri sebab dia akan act profesional apabila berkaitan dengan kerja.


Haa macam ni lah artis yang kita nak! Dah lah kurang kontroversi, suka buat hal sendiri. Patutlah Mira jadi Bintang Paling Popular untuk ABPBH32 tahun ni. Dia memuatnaik gambar bersama Caprice pun sebab dia kan ada berlakon dalam muzik video, Baby Sayang.

Mungkin itu cara dia nak promosi lagu tersebut. Samalah sebelum ni dengan Remy Ishak dan Ungku Ismail sebab dia hanya nak promosi drama yang dia berlakon je. Sebab itulah ramai jadi peminat Mira Filzah kan? Hehehe. Apapun, sis doakan Mira agar terus berjaya di dalam industri seni. Amin!

IKLAN

Sesiapa sahaja bebas membuat andaian berdasarkan gambar yang dikongsi di media sosial. Selain Caprice, saya juga dikaitkan dengan Ungku Ismail apabila kami berlakon bersama. Saya faham dan perkara ini tidak dapat dielakkan selagi saya masih sendiri. Terpulang untuk orang luar membuat andaian kerana saya profesional apabila membabitkan soal kerja. Sebelum ini, jadual kerja saya tidak mengizinkan, biarpun saya tidak perlu lama berada di lokasi penggambaran itu. Namun, memikirkan bahagian awal video muzik itu menggunakan suara saya yang diambil menerusi sesi Live di Instagram, sedikit masa lalu, saya terima juga tawaran itu. Saya tidak rasa punya bakat dalam bidang nyanyian. Cukuplah saya menjadi pelakon dan pengacara kerana saya sedar kemampuan diri.

Sumber: Berita Harian

+ Baca respon pembaca Oh! Media.



Oh Youtube!

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas