Connect with us

Oh! Media

ND Lala Jelaskan Isu Sebenar Curi Kereta, Nafi Disihir Dan Jadi Pak Turut Siti Munirah

Nd Lala Kahwin

Oh! Artis

ND Lala Jelaskan Isu Sebenar Curi Kereta, Nafi Disihir Dan Jadi Pak Turut Siti Munirah

Penyanyi veteran, Datuk ND Lala akhirnya tampil memberi kenyataan berhubung isu kontroversi rumah tangganya.

BACA: 34 Tahun Bersama, Netizen Kecewa ND Lala Cerai Isteri Melalui Voice Whatsapp

Dalam video penjelasan, penyanyi ini berkata Siti Munirah memang isterinya yang sah dan bekas isterinya tak bersetuju untuk berpoligami.

IKLAN

Bekas isterinya juga dikatakan banyak kali mengugut serta mendesaknya melafazkan cerai menyebabkan mereka berpisah selepas 34 tahun berkahwin.

Nd lala
Kredit Instagram ND Lala Official

Penyanyi ini bagaimanapun tak mahu mengulas lanjut hal peribadi yang membawa kepada penceraian dengan bekas isteri. ND Lala memohon pihak sana untuk berhenti menipu dan membuat cerita palsu.

Dalam video penjelasan lain, ND Lala menjawab dakwaan fitnah mengenai isu kereta yang dibuat bekas isteri.

Kata ND Lala, hantaran yang dibuat bekas isteri menampakkan dia dan Siti Munirah jahat sehingga dicemuh orang ramai.

Kenapa saya nampak sugul dan tak terurus masa itu? Kerana saya betul-betul tertekan, isu ini berjalan selama dua bulan. Bukan kerana saya disihir Siti Munirah, itu fitnah.

Dalam penjelasan panjang lebar, ND Lala menceritakan kisah sebenar isu curi kereta dan anak lelakinya secara rela menyerahkan kereta itu kerana tidak mahu ditangkap polis.

BACA: Ibu Shila Amzah Buat Pendedahan Mengejutkan Pasal ‘Penyondol’, Jumpa Pakaian Bercampur Dalam Satu Luggage

Mengenai dakwaan Siti Munirah seorang penyondol, ND Lala menafikan perkara itu kerana Siti Munirah tak pernah ‘menguratnya’.

Sebaliknya, dia yang mendekatkan diri dan meminta restu ibu bapa Munirah untuk bernikah.

Kredit: Instagram ND Lala Official

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas