Connect with us

Oh! Media

Nabila Razali Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Ohmedia  Nabila Razali

Oh! Artis

Nabila Razali Bertunang Dengan Ahli Perniagaan

Penyanyi Nabila Razali dikatakan telah mengikat tali pertunangan bersama jejaka pilihan hatinya yang juga merupakan seorang ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta litar Formula, Nik Iruwan Nik Izani.

Menurut sumber, majlis yang hanya melibatkan ahli keluarga terdekat daripada kedua-dua pihak telah berlangsung di rumah baharu Nabila atau Nur Nabila Mohd Razali, 30, di Selayang.

Betul dia dah bertunang. Tapi, pengesahan perlu datang dari bibir dia sendiri sebab hal peribadi.

Perkongsian mengenai berita gembira ini dibuat oleh saudara terdekat lelaki yang berjaya menawan hati penyanyi popular itu.

IKLAN

Malah, majlis itu diadakan secara tertutup bersama pelamin kecil dan disertakan acara bertukar dulang hantaran.

Nabila Razali

Namun, kepastian tarikh hari pernikahan mereka masih belum diketahui, tetapi ada yang mengatakan ia mungkin bakal berlangsung tahun depan.

Dalam pada itu, Nabila dan pasangannya bijak menyembunyikan perhubungan, tetapi peminat pernah terserempak dengan pasangan terbabit di Genting Highlands, baru-baru ini.

BACA: Nabila Razali Kantoi Berduaan Dengan Lelaki Berjambang Di Genting Highlands

Tambahan, ada juga maklumat daripada pengikut tegar Nabila yang mesra disapa Bella itu mendakwa kedua-duanya baru beberapa bulan serius menjalin percintaan.

Bukan itu sahaja, hubungan mereka lebih erat apabila mempunyai kecenderungan yang sama iaitu menggemari sukan permotoran.

Nik Iruwan yang berusia 37 tahun merupakan  pemegang Ijazah Pemasaran dari Universitiy of Hertfordshire, United Kingdom.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Ohmedia  Nabila Razali
  • Screenshot 928
  • Ohmedia  Nabila Razali
  • Screenshot 928

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas