Connect with us

Oh! Media

Bercuti Ke Hatyai 4 Hari 3 Malam Dengan RM1,000 Je, Ini Jadual Perjalanan Yang Anda Boleh Ikuti…

Ohmedia hatyai

Oh! Travel

Bercuti Ke Hatyai 4 Hari 3 Malam Dengan RM1,000 Je, Ini Jadual Perjalanan Yang Anda Boleh Ikuti…

Hatyai merupakan salah satu destinasi yang amat sesuai bagi anda yang ingin menikmati suasana bandar Thailand yang meriah tanpa perlu berbelanja dengan banyak.

Sebenarnya, Hatyai menawarkan pelbagai tarikan seperti makanan halal yang sedap, pusat membeli-belah yang murah, taman tema yang seronok dan budaya jalanan yang unik.

Malah, anda mampu menikmati pelbagai keindahan dan tarikan yang ada dengan hanya berbelanja RM1,000 sahaja.

IKLAN

Kami akan kongsikan itinerari bajet bagi 4 hari 3 malam yang mampu menampung penginapan dan makanan anda di sana:

  • Hari Pertama: Tiba di Hatyai dan Mula Eksplorasi
  • Hari Kedua:  Membeli belah dan ‘food hunting’
  • Hari Ketiga: Lawatan ke bandar Songkhla
  • Hari Keempat: Pulang ke Malaysia

Hari Pertama: Tiba Di Hatyai Dan Mula Eksplorasi

Untuk pengetahuan anda, ada beberapa cara untuk sampai ke Hatyai iaitu sama ada dengan kapal terbang, kereta, bas atau kereta api.

Tetapi kali ini kami akan kongsikan cara untuk tiba di Hatyai dengan bas TBS (Terminal Bersepadu Selatan) ke Hatyai dengan harga bermula dari RM60 seorang (satu hala).

Halal hatyai trip kelvin zyteng 3

Setibanya di Hatyai, anda boleh daftar masuk ke hostel atau hotel pilihan anda. Jangan risau, untuk penginapan anda boleh anggarkan bajet sebanyak RM250 bagi 3 malam di sana.

Selepas selesai berehat, bermulalah sesi menjelajah bandar Hatyai di mana anda boleh singgah ke beberapa tempat yang terkenal seperti ke Taman Perbandaran Hatyai dan melawat Kuil Guan Yin yang indah dan Kuil Brahma yang berwarna-warni di taman ini.

Hat yai municipal park

Hari Kedua:  Membeli Belah Dan ‘Food Hunting’

Mulakan hari kedua anda dengan menyinggah ke dua taman tema yang unik dan seronok di Hatyai: Ice Dome dan Magic Eye 3D Museum.

Pada sebelah malam pula, anda boleh ke Pasar Malam Greenway untuk membeli belah dan memulakan ‘food hunting’ anda kerana di sini terdapat pelbagai jenis makanan halal dan juga menawarkan barang seperti pakaian, aksesori, beg, dan lain-lain. 

Malah, anda juga dapat menikmati hidangan barbeku halal yang lazat di restoran tempatan dengan memilih pelbagai jenis daging, sayur-sayuran, makanan laut dan sos untuk dipanggang mengikut citarasa masing-masing. 

Halal hatyai trip kelvin zyteng 2 750x536 1

Bagi kos makan ia bergantung pada selera masing-masing tetapi anda boleh menganggarkan ia sebanyak RM300 bagi empat hari berada di Hatyai.

Khlong hae floating market saleh hidayat 1

Hari Ketiga: Lawatan Ke Bandar Songkhla

Pada hari ketiga, anda boleh melancong ke bandar bersejarah Songkhla yang hanya terletak kira-kira 30 minit sahaja dari Hatyai.

Di Songkhla, anda boleh melihat seni bina Islam yang menarik dan boleh juga ke Pantai Chalathat-Samila, sebuah pantai yang popular di kalangan pelancong dan penduduk tempatan.

Halal hatyai trip 2

Tambahan, sewaktu di bandar bersejarah ini anda boleh ke Naga Square dan Bukit Khao Tang Kuan dengan menaiki kereta kabel untuk sampai ke atas bukit dan menikmati pemandangan bandar Songkhla dari atas.

Dalam pada itu, bagi pengangkutan untuk bergerak ke sesuatu destinasi anda boleh menyewa perkhidmatan TukTuk, dimana kos bayarannya juga murah.

Jaulah ukhuwwah hatyai paka 19

Hari Keempat: Pulang Ke Malaysia

Pada hari keempat, anda sudah boleh bersiap-siap untuk pulang ke Malaysia dengan menaiki stesen kereta api Hatyai atau Lapangan Terbang Antarabangsa Hatyai.

Semoga perkongsian mengenai bajet dan itenari percutian di Hatyai ini bermanfaat buat anda yang belum pernah menjejakkan kaki di kota di selatan Thailand ini!

Kredit: Melancong.My

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.


🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
  • Jaulah ukhuwwah hatyai paka 19
  • Halal hatyai trip 2
  • Halal hatyai trip kelvin zyteng 2 750x536 1
  • Halal hatyai trip kelvin zyteng 3
  • Hat yai municipal park
  • Khlong hae floating market saleh hidayat 1
  • Ohmedia 713 × 401px 83
  • Ohmedia hatyai
  • Ohmedia hatyai
  • Jaulah ukhuwwah hatyai paka 19
  • Halal hatyai trip 2
  • Halal hatyai trip kelvin zyteng 2 750x536 1
  • Halal hatyai trip kelvin zyteng 3
  • Hat yai municipal park
  • Khlong hae floating market saleh hidayat 1
  • Ohmedia 713 × 401px 83
  • Ohmedia hatyai
  • Ohmedia hatyai

Lagi dalam kategori Oh! Travel

Ke Atas