Oh! Artis
Pertama Di Asia, Nia Atasha Jadi Model Pakaian Dalam Jenama Terkenal Antarabangsa
Pertama di asia, jenama pakaian dalam terkenal antarabangsa, Victoria Secret mengumumkan model Nia Atasha menjadi wajah kempen baru jenama itu bersama peserta Miss Universe 2018 Jane Teoh dan pelakon Thailand, Janie.
Menerusi satu perkongsian di Instagram, Nia memberi ‘hint’ kejutan itu dan disambut baik para pengikut media sosialnya.

Menerusi temubual bersama EH! Malaysia, model tinggi lampai ini menganggap ianya satu penghormatan dipilih dan diberi peluang untuk menjadi model kepada jenama itu.
@ehmalaysia Pertama di Asia, model @sleepylllama menjadi antara wajah kempen baharu @victoriassecretmy disamping peserta Miss Universe 2018 @janeteoh_ dan pelakon Thailand @janienineeleven memperagakan koleksi T-Shirt Bra meraikan keberanian dan menyerlahkan keyakinan wanita. #ehmalaysia #BeAuthenticBeYou ♬ original sound – ehmalaysia
Katanya lagi, sejak memulakan karier sebagai model, dia ada menyimpan impian untuk menjadi wajah kempen jenama itu dan kini ianya menjadi kenyataan.

Nia atau lebih popular dengan nama @sleepylllama di platform media sosial memulakan karier sebagai model selepas tamat sekolah.
Selain itu, dia juga berbakat sebagai seorang pelakon dan mempunyai minat yang tinggi dalam kerja melukis, menyulam, berilustrasi dan melakukan reka bentuk grafik bebas.
Meskipun melangkah satu tapak ke hadapan, ada dalam kalangan netizen mempersoalkan Nia yang perlu tampil mendedahkan bahagian tubuhnya kepada umum.
Kredit: TikTok Eh!Malaysia | Instagram sleepylllama | Glam.my
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM