Pelakon Fatin Afeefa memberikan penjelasan tentang persoalan netizen berkenaan sebab dia tidak membawa dua orang anaknya menunaikan umrah bersama-sama pada 10 malam terakhir Ramadan lalu.
Penjelasan itu dibuat menerusi live di TikTok miliknya berkata waktu itu tidak sesuai untuk bawa anak-anaknya ke Tanah Suci kerana terlalu ramai jemhah.
10 Ramadan terakhir adalah waktu yang paling tak bagus bawa budak-budak sebab I tinggi yang 157 pun I kena penyek, dan I memang tak boleh nak bernafas ketika tengah tawaf.
Dan bayangkan, I yang 157 yang pendek ini pun tak boleh nak bernafas sebab orang tinggi-tinggi tutup I… anda boleh bayangkan tak budak-budak tercungap-cungap mencari udara sebab tak ada ruang bernafas.
Jadi, I rasa ia satu keputusan yang bernas tak bawa mereka pada 10 Ramadan terakhir.
Menurut pelakon 28 tahun itu, dia tidak mahu ibadahnya terganggu dengan insiden yang tidak sepatutnya melibatkan anak-anaknya.
IKLAN
Saya mungkin akan bawa mereka bukan waktu Ramadan. Kalau I bawa, I tak fokus ibadah, I akan fokus tengok anak I, takut hilang sebab ramai gila.
Tahun ini, 10 malam terakhir Ramadan ada 7.4 juta orang ada di Masjidi Haram… anda bayangkan kalau I hilang anak I dekat situ. I sendiri banyak kali terlepas tangan suami I dekat dalam itu dan hilang.
Bayangkan kalau anak I. Menangis air mata darah, solat pun tidak… mencari anak saja. Mula I sedih, kenapalah I tinggalkan anak-anak.
Tambahan, Fatin juga berkongsi pengalamannya berdepan dengan keadaan cemas apabila tidak dapat bernafas dengan baik kerana berhimpit dengan jemaah yang lebih besar daripadanya.
I dekat sana langsung tak tenang, bukan tak tenang tapi sebab terlalu ramai orang, I tak boleh bernafas… masa I tawaf tu, I menangis tak boleh bernafas sebab kena himpit dengan orang tinggi-tinggi.
Fatin Afeefa berpeluang menunaikan umrah bersama suami tercinta, Aliff Awang buat kali pertama pada 10 malam terakhir Ramadan pada April lalu.
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM