Connect with us

Oh! Media

Ini Adalah 2 Bahan Yang Dapat Hilangkan Kurap Pada Kucing Peliharaan Anda

Ohmedia kucing

Oh! Lifestyle

Ini Adalah 2 Bahan Yang Dapat Hilangkan Kurap Pada Kucing Peliharaan Anda

Kebiasaannya bagi mereka yang mempunyai kucing peliharaan yang mudah dijangkiti penyakit seperti kurap atau fungus, kita akan terus bawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan.

Di klinik, doktor akan memberi ubat sapu untuk mengubati penyakit berkenaan pada kucing anda.

Kucing

IKLAN

Namun, kucing peliharaan kita selalunya lebih gemar untuk menjilat ubat sapu berkenaan dan ini boleh mendatangkan bahaya kepadanya.

Untuk lebih selamat, anda boleh mencuba ramuan buatan sendiri ini bagi mengubati kurapa pada kucing kesayangan anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  1. Kunyit hidup
  2. Minyak kelapa atau minyak kelapa dara
Kucing

Cara Membuatnya:

  1. Basuh kunyit hidup bersih-bersih, hiris nipis dan keringkan dengan tisu
  2. Masukkan hirisan kunyit dalam botol kosong
  3. Tuangkan minyak kelapa ke dalam botol, sukatan hanya agak-agak sahaja
  4. Tutup botol dengan kemas dan biarkan selama dua minggu
  5. Sedia untuk digunakan. Sapukan pada luka si bulus anda

Banyak Khasiat

Banyak kelebihan yang ada pada kunyit dan minyak kelapa untuk merawat penyakit kulit ringan.

Satu kajian menyatakan kunyit bersifat antibakteria dan antikulat terhadap kulat dermatophyte iaitu kulat yang menyebabkan kurap.

Tambahan, minyak kelapa selalu digunakan untuk melembapkan kulit dan mencegah jangkitan kulat.

Jom kita cuba tip mudah ini pada kucing kesayangan anda, selamat mencuba!

BACA: Kucing Lihat Tuan Macam Ibu Bapa? Ini Fakta Sebenar Buat Pencinta Haiwan

Kredit: Facebook

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Nini Hashim
Nini Hashim, bekas penulis separuh masa di Oh! Media, cemerlang dalam menghasilkan artikel berkaitan isu trending dan hiburan, menjadikan setiap penulisannya segar dan menghiburkan pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas