Connect with us

Oh! Media

Pertama Kali Seumpamanya, Iftar On-Time Beri Peluang Masyarat Bersedekah & Kongsi Kata-Kata Semangat

Ffm Online

Oh! Inspirasi

Pertama Kali Seumpamanya, Iftar On-Time Beri Peluang Masyarat Bersedekah & Kongsi Kata-Kata Semangat

Sedar tak sedar dah hampir sebulan kita berpuasa. Rasa sedih pula apabila Ramadan dah nak tinggalkan kita kan?

Bulan Ramadan kali ni boleh dikatakan agak mencabar dengan masalah cuaca yang tidak menentu dan juga gangguan pengangkutan awam sehingga menyebabkan ramai dalam kalangan kita gagal untuk berbuka tepat pada waktunya.

Memahami dilema yang dihadapi oleh sebahagian besar rakyat Malaysia, terutamanya mereka yang bekerja, FFM Online telah hadir dengan satu inisiatif bagi menggalakkan masyarakat untuk Iftar On Time.

IKLAN

Iftar On Time Galak Masyarakat Berbuka Tepat Pada Waktu

Image 142

Kalau korang nak tahu, initiatif Iftar On Time telah pun bermula pada bulan lalu dengan kerjasama iMedia Asia.

Melalui portal digital Oh! Media dan Beautifulnara, kami telah mengajak followers untuk sama-sama bersedekah tapi yang uniknya, mereka tak perlu mengeluarkan wang.

Sebaliknya FFM Online yang akan menaja pek makanan ini dan sumbangannya akan dikreditkan kepada followers yang terpilih. Mereka ni juga diminta untuk memberikan kata-kata semangat kepada penerima pek makanan Iftar On Time. Sweet kan?

Image 144

Pek Iftar On Time ini telah dibungkus oleh team iMedia Asia yang tak nak melepaskan peluang untuk membuat amal kebajikan di bulan Ramadan. Dalam setiap beg yang diedarkan terdapat pek nasi segera, susu kotak, roti serta penyegar mulut.

Image 143

Kemudian pasukan ini bergerak ke MRT Sungai Buloh untuk mengedarkan 100 beg pek iftar kepada pengguna pengangkutan awam di situ.

Initiatif Bersedekah  Iftar On Time FFM Online x  iMedia Beri ‘Domino Effect’ Pada Masyarakat

Walaupun inisiatif ini kelihatan kecil tapi ia sangat bermakna kepada penerima. Bayangkan dah bersesak dalam pengangkutan awam untuk pulang ke rumah, tak tahu nak makan apa. Tapi nasib baik ada bungkusan Iftar On Time dapatlah mereka berbuka tepat pada waktunya.

Followers Oh! Media dan Beautifulnara pun rata-rata teruja dengan konsep sedekah seperti ini kerana mereka turut mendapatkan manfaat serta beri mereka semangat untuk membuat kebaikan.

Korang mesti ada yang tertanya-tanya FFM Online ni apa? Untuk pengetahuan FFM Online ni merupakan kedai dalam talian yang menawarkan pelbagai jenis produk keperluan harian seperti  minyak masak, tepung, makanan dalam tin, minuman, produk rumah, penjagaan mulut dan makanan sejuk beku.

Paling penting kesemuanya dijual pada harga yang sangat berpatutan dan dihantar terus ke depan pintu korang. Tak perlu susah-susah nak keluar!

Untuk info lanjut mengenai FFM Online korang boleh ikuti mereka di Facebook.

Semoga usaha FFM Online ni dapat beri impak kepada kita semua untuk sentiasa berbuat kebaikan di masa hadapan.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mastura Zulkafli
Mastura adalah Ketua Penulis Editorial sepenuh masa di Oh! Media, pakar dalam menyampaikan artikel pemasaran dengan gaya yang santai namun penuh informasi, memastikan setiap kandungan mudah difahami dan relevan untuk pembaca.

Lagi dalam kategori Oh! Inspirasi

Ke Atas