Oh! Artis
“Bukan Kawan Baik Saya” – Sering Tidur Di Rumah, Shila Amzah Jelaskan Siti Munirah Lebih Rapat Dengan Ibunya
Pada
Oleh
Sehingga ke hari ini, penyanyi era 1980-an, Dato’ ND Lala mengunci mulut dakwaan berkahwin kali kedua meskipun isterinya, Datin Fauziah Sarman sendiri membuat pendedahan di Instagram.
Lebih mengejutkan apabila wanita dikenali sebagai Siti Munirah Abd Ghani itu dikatakan rakan sekolah anak sulung pasangan ini iaitu Shila Amzah.

Menerusi laporan Harian Metro, Shila mengaku kenal dari zaman sekolah tetapi Siti Munirah tak layak dianggap rakan baik. Mereka diakui rapat dan Siti Munirah sering berkunjung serta tidur di rumahnya.

Penyanyi lagu Patah Seribu ini berkata, Siti Munirah sering berkongsi masalah dengannya. Apabila semakin dewasa, mereka tak lagi rapat kerana dia suka menghilangkan diri dan Shila menganggap mereka tak lagi persefahaman.
Dia lebih rapat dengan mak berbanding saya selepas tamat sekolah. Ini adalah realiti dan saya perlu perjelaskan kerana dia bukan kawan baik saya.
Ujar penyanyi ini lagi, dia tak ada ucapan sama ada baik atau buruk untuk wanita itu. Malah, wanita itu sendiri tak berhak menerima apa-apa ‘rasa’ daripadanya.
Pada saya, tidak ada orang baik yang akan berkelakuan seperti itu.
Segala rasa untuk diberikan tidak memadai kepadanya sama ada sayang atau benci.
Anak sulung daripada empat beradik ini menganggap ada hikmah di atas semua yang terjadi. Dia memberi sokongan penuh kepada ibu, Sebagai anak dia tak mendoakan keburukan, sebaliknya hanya mahu lihat kedua ibu bapa gembira.
Kredit: Harian Metro
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Lufya Omar dedah sebab tuntut mutah RM1 juta dan mengimbas kembali fasa sukar selepas bergelar ibu...
Julia Farhana tampil tidak berhijab dan meminta orang ramai tidak menghakimi keputusan peribadi yang sedang dilaluinya.
Julia Farhana kembali menjadi perhatian selepas penampilan terbaharunya tanpa tudung mencetuskan reaksi netizen.
Syida Melvin lega selepas bercerai dengan Syafiq Azim dan menganggap perceraian itu sebagai hadiah ulang tahun...
Syida Melvin dan Syafiq Azim sah bercerai talak satu selepas hampir tujuh tahun mendirikan rumah tangga.