Connect with us

Oh! Media

Bulan Kejar Kebaikan, Ini Adalah Kelebihan Bulan Syaaban

1 20230302 115330 0000

Oh! Islam

Bulan Kejar Kebaikan, Ini Adalah Kelebihan Bulan Syaaban

Bulan yang sering ditunggu-tunggu oleh umat Islam merupakan bulan Ramadan dan Syawal. Namun, tahu tak bahawa bulan Syaaban juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri?

BACA: Lafaz Niat Wuduk Dalam Tandas? Ini Adalah Hukum Dari Sudut Islam

Oleh itu, hari ini Oh! Media akan berkongsi mengenai kelebihan bulan yang berkat ini buat pembaca agar sama-sama dapat menambahkan lagi amal ibadah.

IKLAN

Kelebihan bulan Syaaban

Image 11

Bulan Syaaban merupakan bulan di mana umat Islam digalakkan untuk berpuasa sunat. Berdasarkan hadith Usamah bin Zaid RA, Nabi Muhammad SAW bersabda:

Itu adalah bulan yang mana manusia sering lalai akannya iaitu bulan yang berada di antara Rejab dan Ramadhan. Bulan tersebut adalah bulan-bulan yang diangkat amalan-amalan kepada Rabb al’-Alamin (Allah SWT), maka aku suka ketika amalanku diangkat dalam keadaan aku sedang berpuasa.

Dalam kitab Duratun Nasihin, As-Syeikh Othman Ahmad Syeikh al-Khaubawi juga menceritakan bahawa bulan Syaaban merupakan bulan di mana Rasulullah banyak berselawat.

Malam Nisfu Syaaban

Image 12

Umum mengetahui bahawa bulan yang berkah ini wujudnya Malam Nisfu Syaaban yang jatuh pada malam yang ke-15. Malam tersebut merupakan malam yang terbaik bagi umat Islam untuk memohon pengampunan dan rahmat daripada Allah SWT.

Dalam pada masa yang sama, Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda bahawa malam itu kesemua pintu-pintu langit dan pintu-pintu rahmat akan dibuka.

Ha, banyak bukan kelebihan bulan Syaaban ini? Jadi, jangan lupa lebihkan lagi amalan baik kita pada bulan yang berkah ini.

Kredit: Klinik Minda

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Islam

Ke Atas