Connect with us

Oh! Media

Zara Zya Akhirnya Sudah Dirisik Jejaka ‘Misteri’?

Zara zya dirisik jejaka misteri ohmedia

Oh! Artis

Zara Zya Akhirnya Sudah Dirisik Jejaka ‘Misteri’?

Tular gambar pelakon, Zara Zya yang menunjukkan dirinya mengenakan baju kurung serba putih sedang disarung cincin ke jarinya oleh seorang wanita berjubah hitam. Wah! Dah dirisik ke tu?

Menerusi laporan mstar, majlis merisik itu dilakukan secara sederhana dan hanya dihadiri keluarga terdekat saja di rumah pelakon itu sendiri. Walau bagaimanapun, identiti wanita yang menyarung cincin itu dirahsiakan apabila mukanya ditutup dengan emoji hati merah pada gambar tersebut.

Siapa jejaka misteri pilihan Zara Zya?

Rasanya semua tahu yang sebelum ini pelakon itu enggan mengulas soal jodoh apabila ditanya adakah kekasih hatinya adalah dalam industri yang sama ataupun bukan.

IKLAN

Sehingga kini, masih tidak dapat dipastikan siapakah gerangan yang menghantar cincin merisik tersebut.

Untuk pengetahuan, sebelum ini pada tahun 2019, Zara Zya pernah melangsungkan pertunangan dengan pelakon, Hafreez Adam namun memutuskan hubungan dan perancangan untuk berkahwin dibatalkan.

Kredit: mStar

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Megat Azri
Megat merupakan penulis sepenuh masa di Oh! Media yang pakar dalam mengupas pelbagai topik terkini dan viral. Dengan gaya penulisan yang segar dan relevan, Megat memastikan pembaca sentiasa mendapat informasi yang menarik dan tepat pada masanya.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas