Connect with us

Oh! Media

Permainan Lato-Lato Bising Dan Bingit, Bimbang Murid Bawa Ke Sekolah

20230131 135316 0000

Oh! Lifestyle

Permainan Lato-Lato Bising Dan Bingit, Bimbang Murid Bawa Ke Sekolah

Hangat dan menjadi trend pada masa kini mengenai satu permainan daripada negara seberang yang dikenali sebagai lato lato.

BACA: “Anak Menangis Tak Nak Ke Sekolah” – Ibu Akui Silap Cakap Kasar, Geram Cikgu Tegakkan Benang Basah

Khuatir permainan ini boleh mencederakan murid, Pengerusi Pelibatan Ibu Bapa Komuniti dan Pihak Swasta (PIBKS) Kedah, Zainol Abidin Mohamad meminta ibu bapa untuk mengawal anak mereka yang bermain permainan ini.

IKLAN

Dilarang bawa ke sekolah

Image 137

Zainol memaklumkan bahawa permainan tersebut telah menular ke sekolah dan memberikan kesan yang negatif kepada pelajar kerana mengeluarkan bunyi bising dan bingit.

Apa yang kita bimbang lato lato ini mempunyai ladung yang berat, jadi jika ia terkena muka pelajar maka akan mencederakan. Disebabkan itu kita harap ibu bapa dan pihak sekolah pantau perkara ini. Setakat ini, saya dimaklumkan tiada larangan permainan ini di sekolah, tetapi saya akan berbincang dengan JPN Kedah. Kita turut bimbang jika ada pelajar cedera akibat permainan ini.

Sebagai info, lato lato adalah permainan yang diperkenalkan dari Amerika Syarikat pada tahun 60-an dan 70-an sebelum menjadi tular di negara kita dan Indonesia.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Mini Zamri
Mini, bukan seorang doktor, tetapi seorang penulis beretika di Oh! Media yang komited mencari dan menyampaikan maklumat serta info yang sahih dan tepat. Tiada yang lebih utama baginya selain memastikan kebenaran disampaikan dengan sebaik-baiknya.

Lagi dalam kategori Oh! Lifestyle

Ke Atas