Connect with us

Oh! Media

Muat Naik Video Guna Senjata Api Di Media Sosial, Calon PRU15 Ditahan Polis

Polis 1 1

Trending

Muat Naik Video Guna Senjata Api Di Media Sosial, Calon PRU15 Ditahan Polis

Gara-gara memuat naik video menggunakan senjata api di media sosial, seorang calon Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

BACA: Jacinda Ikrar Perketatkan Undang-Undang Senjata Api

Memetik laporan daripada Berita Harian, wanita yang berusia 28 tahun itu bertanding di Parlimen di Wilayah Persekutuan pada PRU-15 yang lalu.

IKLAN

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood, memaklumkan bahawa wanita berusia 28 tahun itu ditahan bersama seorang pengawal peribadinya yang berusia 41 tahun.

Tambah Ku Mashariman lagi, tangkapan itu dibuat selepas terdapat laporan mengenai kejadian seorang warga tempatan yang memuat naik klip melakukan latihan menembak tanpa kebenaran di Lapang Sasar Kelab Menembak Selangor menerusi TikTok dan Instagram.

Namun, video tersebut telah pun dipadam wanita berkenaan.

Polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 19, satu kelopak peluru jenis Glock, 12 butir peluru hidup, kad Persatuan Menembak Selangor dan telefon bimbit bagi membantu siasatan.

Kedua-dua individu itu kini ditahan reman selama empat hari sehingga 11 Disember bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(A), 8(B) dan 41 Akta Senjata 1960 serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kredit: Berita Harian

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas