Connect with us

Oh! Media

“Sehari 90 Nombor Je” – Rakyat Bengang Beratur Dari Pagi Tapi Nombor Giliran Kaunter Pejabat Imigresen Cepat Habis

Kaunterutc

Trending

“Sehari 90 Nombor Je” – Rakyat Bengang Beratur Dari Pagi Tapi Nombor Giliran Kaunter Pejabat Imigresen Cepat Habis

Sejak kebelakangan ini, isu kehabisan nombor di kaunter pejabat UTC seringkali menjadi bualan dalam kalangan netizen.

BACA: Tular Dakwaan Petugas Kaunter Aduan Khas ‘Hilang’, Polis Jalankan Siasatan

Mana taknya, hampir kesemua rakyat meluahkan situasi yang hampir sama selepas terpaksa pulang hampa meskipun mereka sudah beratur lama daripada pagi.

IKLAN

Beratur dari jam 6.00 pagi tapi pukul 8.15 pagi nombor dah habis

Terbaru, tular satu video dikongsi pengguna TikTok yang berkongsi pengalamannya yang tiba seawal jam 6.00 pagi untuk mendapatkan nombor giliran.

@dak_along_je Letih la camni.. kena perbaiki kaedah yg lebih baik utk rakyat. @Jabatan Imigresen Malaysia @IMIGRESEN_MALAYSIA @Jabatan Imegresen malaysia ♬ bunyi asal – Abg Long

Namun begitu, pemuda tersebut terpaksa pulang dalam keadaan hampa selepas nombor giliran disahkan sudah pun habis hanya selepas 15 minit kaunter dibuka.

Beratur jam 6 pagi. Kaunter buka jam 8.00. Jam 8.15 pagi nombor dah habis. Sehari 90 nombor je. Kena beratur jam 2 atau 3 pagi katanya.. Baik pacak khemah depan kaunter je.

Menerusi video itu juga, dapat dilihat pegawai yang bertugas memberikan penjelasan kepada yang hadir bahawa kuota bagi pelanggan yang datang ketika hari biasa adalah lebih kurang 100 ke atas manakala urusan di kaunter pula mengambil masa satu jam untuk 10 orang pelanggan.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut pelik dengan situasi yang berlaku ini dan meminta agar pihak kerajaan membuat satu inisiatif agar isu ini dapat ditangani dan ditambah baik.

Screenshot 2022 12 06 at 150351
Screenshot 2022 12 06 at 150357
Screenshot 2022 12 06 at 150422

Kredit: TikTok Abg Long

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas