Connect with us

Oh! Media

“Saya Rela Dipecat Oleh Parti” – Hishammuddin Tegaskan Tolak Kerjasama Dengan Pakatan Harapan

Hishammuddin

Oh! Negara

“Saya Rela Dipecat Oleh Parti” – Hishammuddin Tegaskan Tolak Kerjasama Dengan Pakatan Harapan

Bendahari Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein tegas dengan pendiriannya untuk tidak menjalinkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi membentuk Kerajaan Persekutuan.

BACA: “Presiden Dan Biro Tiada Hak” – Ismail Sabri Maklumkan Hanya MT Tertinggi Boleh Tentukan Pembentukan Kerajaan Dengan PH

Perkara itu disahkannya sendiri menerusi satu hantaran dimuat naiknya menerusi laman Facebook.

IKLAN

Hishammuddin juga menegaskan bahawa dia rela dipecat oleh parti sekiranya pendiriannya itu dikira melanggar perjanjian parti.

Seperti saya tegaskan kelmarin dan sebelum ini lagi – tetap menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan.

Saya rela dipecat oleh parti namun tidak akan sesekali mengubah pendirian teguh ini.

No Anwar, No DAP, pihak yang merasakan boleh mengambil tindakan memecat saya kerana berpegang kepada pendirian ini, silakan.

Wow makin panas ya isu ni. Agaknya siapalah yang berjaya dapatkan majoriti penuh untuk bentuk kerajaan nanti ya? Sama-sama kita nantikan.

Kredit: Facebook Hishammuddin Hussein

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas