Connect with us

Oh! Media

(Video) Gelagat Nabil Cium Dahi Ramli MS Ketika Sambut Hari Jadi Ke-64 Buat Penonton Gamat

Nabilciumramlims

Oh! Artis

(Video) Gelagat Nabil Cium Dahi Ramli MS Ketika Sambut Hari Jadi Ke-64 Buat Penonton Gamat

Semalam telah berlangsungnya konsert separuh akhir Gegar Vaganza dengan dua peserta, Dina Nadir dan Fuad Rahman telah pun tersingkir sekaligus tidak layak ke konsert akhir minggu hadapan.

BACA: “Selalu Jihan Kawal Nabil” – Terlalu ‘Hyper’ Jadi Host GV, Kak Lina Buat Ramai Terhibur

Namun apa yang menariknya ketika konsert separuh akhir malam tadi ialah kejutan yang dibuat terhadap juri tetap GV-9, Datuk Ramli MS ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-64 tahun.

IKLAN

Nabil cium dahi Tok Ram

Ketika pengenalan juri dilakukan pengacara Nabil dan Kak Lina di awal program, juri professional yang lebih mesra disapa Tok Ram itu dikejutkan dengan sebiji kek sempena ulang tahun kelahirannya.

@whoareloh Happy je dorg ni suke tengok kan, Hj Nabil tu nakal2 mcm tu tetap dia hormat Tok Ram tu, netizen je rasa mcm berlebihan. #gegarvaganza9 #minggu10 #semifinal #selamatharijadi #datoramlims #hajinabil #kaklinapompom #ellymazlein #bundahettykoesendang #datosyafinaz #jurigegarvaganza9 ♬ original sound – Whoareloh

Menerusi video dikongsikan di TikTok itu, dapat dilihat penonton menjadi gamat melihat gelagat pengacara, Nabil Ahmad yang mencium dahi Tok Ram seterusnya memeluk erat juri professional itu.

Bukan itu sahaja, Nabil kemudiannya berseloroh dengan menyebut nama ibunya di hadapan kamera dan meminta agar ibunya itu untuk menghantar mesej kepada Tok Ram.

Mak jangan lupa DM. Lagi 3 bulan lebih ya (tempoh idah), sabar. Lagi 3 bulan lebih

Dah macam anak dengan bapak dah

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen seronok melihat gelagat yang ditonjolkan kedua-dua individu itu yang dilihat begitu rapat sepanjang Gegar Vaganza diadakan.

Screenshot 2022 11 21 at 110105
Screenshot 2022 11 21 at 110115
Screenshot 2022 11 21 at 110127

Siot je Nabil gurau macamtu dengan Tok Ram kahkah! Apa-apa pun memang sporting habislah dua individu ni, seronok je tengok.

Kredit: TikTok whoareloh

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas