Connect with us

Oh! Media

PRU-15: Tun M Kekal Calon Tertua Bertanding Pada Umur 96 Tahun

Tunm

Oh! Negara

PRU-15: Tun M Kekal Calon Tertua Bertanding Pada Umur 96 Tahun

Semalam telah berlangsungnya majlis penamaan calon sempena Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

BACA: “Konon Boleh Jadi Perdana Menteri Kali Kedua” – Tun M Ulas Isu Muhyiddin Tak Nak Bekerjasama

Apa yang menjadi tumpuan ialah, Pengerusi Parti Pejuang, Tun Dr. Mahathir Mohamad telah diumumkan sebagai calon tertua yang akan bertanding dengan usianya ketika ini sudah mencecah 96 tahun. Gila lah!

IKLAN
Tun m e1545275142777

Memetik laporan daripada Utusan, perkara itu disahkan sendiri Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) selepas selesainya majlis penamaan calon PRU15 dengan sebanyak 222 kerusi Parlimen akan direbut serta 117 kerusi DUN bagi Pahang, Perlis dan Perak dan satu kerusi di Bugaya, Sabah.  

Dalam pada itu, pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh turut memaklumkan bahawa terdapat dua calon paling muda yang akan bertanding dengan masing-masing masih lagi berusia 23 tahun.

Dua calon tersebut ialah Peggy Chaw Zhi Ting yang akan bertanding sebagai calon Bebas di Parlimen Tenom manakala seorang lagi ialah Muhammad Syahmi Suhaimi di DUN Tambun Tulang mewakili Pakatan Harapan (PH).

Tambah Abdul Ghani lagi, daripada 1,392 kertas penamaan yang dikemukakan pelbagai parti dan individu semalam, terdapat enam kertas pencalonan ditolak iaitu empat di Parlimen manakala dua lagi di DUN.

Kredit: Utusan Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas