Oh! Negara
“Usaha Jahat Untuk Burukkan UMNO” – BN Nafi Calon UMNO ‘Wajib’ Angkat Zahid Hamidi Sebagai PM Jika Menang PRU-15
Semalam tular beberapa hantaran di media sosial memaparkan surat aku janji yang ‘mewajbkan’ kesemua calon Barisan Nasional (BN) untuk mengangkat Presiden UMNO, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi sebagai Perdana Menteri sekiranya mereka menang pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.
Bukan itu sahaja, calon-calon juga dikatakan perlu menggugurkan kes-kes mahkamah melibatkan kepimpinan UMNO dan BN.
Perkara ini telah menimbulkan bermacam-macam spekulasi dalam kalangan netizen dengan hampir kesemuanya percaya bahawa surat itu benar kerana mendakwa UMNO sebagai parti yang penuh dengan agenda.
Nampak macam betul je surat akujanji UMNO ni.
— Laga Cawan 🏴 (@LagaCawan) November 2, 2022
Nampak gaya memang Zahid Hamidi bakal jadi PM kalau BN menang macam ni. pic.twitter.com/P8z5WXmo8b
BN nafi adanya surat aku janji
Dalam pada itu, Shamsul Anuar yang merupakan Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN) memaklumkan bahawa surat aku janji yang tular itu sama sekali tidak benar seperti mana yang didakwa sesetengah pihak.
Menerusi hantaran dimuat naik di Facebooknya, Shamsul berpendapat bahawa penularan surat aku janji itu merupakan satu usaha jahat untuk memburukkan UMNO.
Disahkan bahawa aku janji yang disebarkan dan sedang viral ini adalah palsu dan tidak benar. Tiada sebarang aku janji sebegini dilakukan.
Perkara ini nyata suatu usaha jahat daripada pihak tidak bertanggungjawab dan jelas ia perancangan memburukkan UMNO Barisan Nasional diketika musim PRU 15 ini.
Mohon rakyat Malaysia yang mendapat aku janji palsu ini tidak terpengaruh dengannya.
Netizen juga percaya surat aku janji itu palsu
Dalam pada itu, terdapat juga netizen yang ragu-ragu dengan kesahihan kandungan surat itu kerana kelihatan seolah-olah palsu.
ahmad maslan signature probably taken from thishttps://t.co/VrEk7vOTNU
— Ati Ibrahim (@korzuen) November 2, 2022
For me, point 6(c) felt a bit over the top. If I were making a fake letter, point 3 would suffice.
— Hadi Azmi (@amerhadiazmi) November 2, 2022
Kalau iya pun tak sokong parti tu, jangan sampai macam ni sekali buat fitnah. Ye tak?
Kredit: Facebook Shamsul Anuar | Twitter Laga Cawan | Twitter Ati Ibrahim | Twitter Hadi Azmi
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Amyrul Bakhtiar Kongsi Kisah Hidup Sebelum Viral Dan Lagu Raja Gelek Perodua | Oh! Podcast Ep26
OH! MEDIA 24/04/2026 7:45 PM