Connect with us

Oh! Media

(Video) Pintu Rumah Keluarga Terjangkiti Koronavirus Dipaku Dan Dibiarkan Terkurung Hingga Mati

china2b252812529png

Umum

(Video) Pintu Rumah Keluarga Terjangkiti Koronavirus Dipaku Dan Dibiarkan Terkurung Hingga Mati

Baru-baru ini, Ohmedia ada melihat beberapa video yang tular di media sosial mengenai pihak berkuasa China mengambil tindakan terhadap keluarga yang disyaki terjangkit dengan Koronavirus. Hmm kesian betul diorang!

Menurut sumber daripada @YearOfMonk di Twitter, diorang yang dijangkiti akan dikurung oleh pihak berkuasa di dalam rumahnya untuk menghentikan penyebaran virus tu. Bukan tu je, diorang juga dibiarkan kebuluran dan mati tau.

IKLAN



Lebih menyedihkan apabila Ohmedia melihat video dari Metro UK yang dipercayai dari Nantong di wilayah Jiangsu, ada beberapa pihak berkuasa China memakai topeng datang memaku dan mengunci palang besi dekat pintu rumah keluarga yang dijangkiti Koronavirus.




Dalam video tersebut, korang boleh dengar ada seorang wanita sedang merayu dan menjerit semasa diorang tengah memaku pintunya. Diorang siap tampal satu papan tanda di dinding yang tertulis:

This family came back from Wuhan. Stay away, no contact

Fengsuo Zhou merupakan seorang aktivis hak asasi manusia memberitahu Metro UK bahawa kerajaan pusat mengarahkan pengurungan terhadap rakyat di sana kerana untuk menyembunyikan kritikan dan dia juga telah melihat video di beberapa lokasi yang berbeza dari seluruh negara.

People are feeling desperate and angry. The Chinese government is more focused on censorship than public welfare because they know their credibility is challenged. They have covered up the crucial information too long. Doctors were censured by police for talking about the pandemic one month ago.

Ohmedia rasa kesian bila tengok nasib rakyat China ni disebabkan kerajaan pusat mengarahkan pihak berkuasa untuk mengurung diorang di dalam rumah dan membiarkan sehingga mati semata-mata untuk menyembunyikan kritikan. Sepatutnya diorang dibawa ke hospital dan bukannya dapat layanan seperti ini.

OHMEDIA: BERSYUKURLAH KITA DI MALAYSIA TAK PERNAH LAGI DIBERI DUGAAN MACAM NI KAN.

Sumber: Metro UK | Amazing Nara | Twitter

+ Baca respon pembaca benci Koronavirus di Facebook Oh! Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Khai Hassan Pengasas & Pengarah Oh! Media
Pengasas dan Pengarah Oh! Media sejak 2008. Telah mencipta jenama ini sejak dari dalam perut mak lagi. Tak percaya tanya mak saya.
Comments

Lagi dalam kategori Umum

Ke Atas