Connect with us

Oh! Media

Di Ambang PRU-15, Jangan Pelik Kalau Tiba-Tiba YB Buat Perkara Ni

Pruyb

Oh! Negara

Di Ambang PRU-15, Jangan Pelik Kalau Tiba-Tiba YB Buat Perkara Ni

Pada Isnin yang lalu, YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob telah mengumumkan pembubaran Parlimen setelah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah.

BACA: Tergempar! Pembubaran Parlimen Bakal Berlaku Petang Ini?

Pembubaran Parlimen yang diumumkan itu sekaligus menunjukkan pentadbiran yang diterajui sejak 21 Ogos 2021 kini telah melabuhkan tirainya.

IKLAN
Bh16mail o bhfield image socialmedia

Perjalanan PRU-15 bakal dihadapi dengan penuh cabaran

Namun begitu, keputusan pembubaran Parlimen yang diumumkan dilihat tidak dipersetujui rata-rata pihak yang ketika ini mula memikirkan kebarangkalian banjir yang dijangka berlaku sepertimana yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Perjalanan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal menjadi pilihan raya yang paling mencabar dengan peratusan mengundi dijangka menurun sekiranya banjir berlaku dan menimpa beberapa kawasan ketika tarikh mengundi berjalan.

Screenshot 2022 10 13 at 114458
Sumber Berita Harian

Yang Berhormat (YB) akan mula turun padang

Memetik laporan daripada Kosmo, menjelang PRU-15 yang dijadualkan akan berlaku pada awal bulan November nanti, pastinya kita akan mula melihat kelibat Yang Berhormat (YB) ‘turun padang’ di kawasan yang dicalonkan kepada mereka.

Mereka yang sebelum ini jarang-jarang ‘turun padang’ akan mula kelihatan untuk membantu membersihkan kawasan persekitaran, mula menjadi peramah, mengambil berat terhadap situasi dihadapi rakyat dan sebagainya.

Ketika inilah, segala janji manis akan mula ditabur bagi mengaut undi penduduk di kawasan yang dicalonkan.

Berkhidmatlah demi masa depan negara, bukan demi kepentingan diri

Akhir kata, kepada mereka yang dipilih, jangan sesekali menghampakan para pengundi dan hanya tunjuk muka sewaktu nak dapatkan undian. Sebaliknya, sentiasalah turun padang bersama-sama penduduk membantu menyelesaikan segala masalah yang ada.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas