Connect with us

Oh! Media

Didakwa Kes Amang Seksual, Individu Dedah Perbualan Dengan PU Azman Di IG

Pu Azman

Trending

Didakwa Kes Amang Seksual, Individu Dedah Perbualan Dengan PU Azman Di IG

Penceramah bebas PU Azman semalam dihadapkan ke mahkamah di atas lima pertuduhan melakukan amang seksual fizikal pada Februari dan Julai lalu.

PU Azman yang hadir ke mahkamah dengan memakai baju kurta berwarna gelap ketika itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan hakim.

BACA: Kes Amang Seksual Dua Remaja Lelaki, PU Azman Didakwa Di Mahkamah

IKLAN

Terbaru, penyanyi rap Caprice tampil mendedahkan bukti perbualan didakwa melibatkan PU Azman dan seorang remaja lelaki.

Tunjuk bukti mesej PU Azman dekat Caprice

Remaja lelaki itu dipercayai menghubungi Caprice mendakwa pernah berbalas mesej di Instagram bersama PU Azman.

Melalui chat yang dihantar remaja itu kepada Caprice, dia mendakwa penceramah tu pernah ajak video call tetapi dia menolak kerana rasa tidak selesa.

I tak pernah langsung vc dengan dia sebab cara dia chat i rasa tak selesa. Dia macam ada unsur-unsur benda yang buruk so i cuba elak. Dia ada kata macam ni, kim ustaz nak ajak vc boleh? Tapi ustaz nak kita dua je tak nak orang dengar. Saya tak selesa dan saya tak report siapa-siapa.

Dia bagaimanapun tidak lapor kepada sesiapa sehinggalah kes ini melibatkan polis baru-baru ini.

Pu Azman Amang Seksual

Caprice juga meminta sesiapa yang pernah ada pengalaman sama menghubunginya supaya dia dapat mengumpulkan bukti lain.

Kredit: Instagram Caprice

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas