Oh! Artis
Zul Ariffin Tiba Di Mahkamah Pagi Tadi Atas Dakwaan Muat Naik Video Elemen Sumbang
Akibat memuat naik satu video klip yang mengandungi elemen sumbang di media sosial, seorang pelakon lelaki terkenal tanah air bakal dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Sepang hari ini. Korang tahu tak siapa?
BACA : Muat Naik Video Ada Elemen Sumbang, Pelakon Terkenal Bakal Didakwa Esok
Menurut satu Tweet dari Malaysia Gazette, pelakon lelaki itu adalah Zul Ariffin dan dia telah tiba di Mahkamah Majistret Sepang pada pukul 8.10 pagi tadi.
Pelakon terkenal, Zul Arifin tiba di Mahkamah Majistret Sepang pada jam 8.10 pagi atas dakwaan memuat naik klip video mengandungi elemen sumbang di media sosial.#malaysiagazette pic.twitter.com/qk9XUfwP6v
— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) October 4, 2022
Pendakwaan akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Zul juga bakal berdepan dengan hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara selama setahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan.
Kredit: Malaysia Gazette
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
