Connect with us

Oh! Media

“Dia Tahu Tapi Kenapa Tak Maklum Pada Kita” – Hamzah Zainudin Persoal Individu Lihat Kelibat Jho Low

Hamzahjholow2

Trending

“Dia Tahu Tapi Kenapa Tak Maklum Pada Kita” – Hamzah Zainudin Persoal Individu Lihat Kelibat Jho Low

Semalam, tular di Twitter satu gambar memaparkan Jho Low, individu yang terbabit dengan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dikatakan bersembunyi di Disneyland, Shanghai, China.

BACA: ‘Banyak Perkara Mengenai 1MDB Tidak Dimaklumkan Kepada Jemaah Menteri – KJ

Gambar yang dikatakan diambil pada malam Krismas 2019 itu dikongsi seorang penulis bernama Tom Wright di Twitter yang memaparkan Jho Low bersama dua individu tidak dikenali di sebuah restoran.

IKLAN

Hamzah Zainudin gesa laporkan kepada penguatkuasa

Berita yang tular itu turut mendapat respon Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempersoalkan tindakan individu yang tidak memaklumkan kepada pihak kerajaan.

Menurut Hamzah, sebarang maklumat berhubung keberadaan Jho Low atau nama sebenar, Low Taek Jho sepatutnya dimaklumkan kepada penguatkuasa di negara ini.

613092

Dia tahu tapi kenapa tidak maklum kepada kita lokasi semua itu?

Untuk info, Tom Wright bersama seorang lagi penulis, Bradley Hope membuat pendedahan dan dakwaan mengenai keberadaan Jho Low itu selepas bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dipenjarakan pada 23 Ogos lalu.

Kedua-dua mereka turut mendakwa bahawa Jho Low berkemungkinan besar ditahan di China kerana berisiko besar untuk membocorkan maklumat yang boleh memalukan mengenai pembabitan China dalam projek ketika era Najib di Malaysia.

Walaubagaimanapun, China berulang kali menafikan dakwaan tersebut.

Kredit: Harian Metro | Twitter Tom Wright

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas