Oh! Artis
Adi Putra Tolak 11 Panggilan Balas Dari Kembara Studio Dan Tetap Dengan Prinsip Tidak Ke Indonesia
Pada
Oleh
Pihak Kembara Studio telah membuat panggilan balas sebanyak 11 kali kepada pelakon Adi Puta namun, pelakon yang membawa watak utama dalam filem Mat Kilau itu tidak menjawab. Eh, dah kenapa pula ni?
Menurut laporan mStar, Adi Putra memberitahu yang dia berbuat demikian kerana masih berasa terkilan apabila pihak produksi itu tidak menjawab panggilannya seperti yang kami laporkan sebelum ini.
Saya terima 11 panggilan daripada mereka namun saya tidak jawab kerana terkilan.
Sebelum itu saya ada cuba menghubungi mereka tetapi tiada jawapan. Bagaimanapun sya berlapang dada dan memaafkan mereka tetapi sehingga kini belum berhubung lagi.
Kita manusia tidak sempurna, sebagai pelakon saya telah menialankan tanggungjawab seperti mana dalam kontrak. Namun dalam rasa gembira ada juga timbul perasaan lain seperti rasa terkilan.
Bukan tu jer, Adi Putra juga masih berpegang kepada prinsip tidak akan hadir ke Indonesia melainkan ada permintaan daripada penganjur di sana.
Itulah orang kata, perasaan orang jangan dibuat main. Apa-apapun, Mat Kilau memang mantap!
Kredit: mStar
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media.
Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.
Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!
Mamat Sepah mengakui dirinya menjadi punca tercetusnya konflik membabitkan Jep Sepahtu dan Shuib Sepahtu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji tindakan Jep Sepahtu berkongsi...
Rita Rudaini sindir individu yang didakwa “terpaling bayar nafkah” dan mendakwa bekas suami masih ada hutang...
Shuib mengesahkan sudah membaca luahan panjang Jep Sepahtu mengenai dirinya, namun memilih untuk tidak memberikan sebarang...
Ain Edruce mengakui menjadi mangsa penipuan selepas membeli dua tiket F1 Bahrain pada harga RM8,000, sedangkan...