Trending
“Penganjuran Yang Tiada Faedah” – PU Syed Gesa Konsert Billie Elish Dibatalkan
Hari ini akan berlangsungnya konsert penyanyi terkenal dunia, Billie Elish di Stadium Nasional Bukit Jalil. Korang dah beli tiket ke belum?
Konsert yang bakal berlangsung itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, PU Syed yang memberikan pandangannya melalui laman Instagram.
Menerusi hantaran dimuatnaik PU Syed, dia berharap agar konsert penyanyi terkenal dunia itu dibatalkan kerana ia tidak mendatangkan faedah kepada negara, agama dan bangsa.
Penganjuran yg tiada manafaat pd agama bangsa dan negara. Cukup-cukuplah berhibur sehingga lupa Tuhan.
Benda boleh larang, buat apa nak anjurkan.
Semoga konsert ini gagal dianjurkan!!
Untuk info, penyanyi yang memenangi tujuh anugerah di Grammy Awards tempoh hari telah pun tiba di ibu kota dan dilihat berada di pusat membeli-belah Sungei Wang semalam.
Kredit: Instagram pusyed_official
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM