Oh! Artis
“Bila Ada Pendakwah Buat Hal, Senyap Pula”- Ifa Raziah Bengang Ustaz Hanya Tegur Selebriti
Masih tak habis lagi cerita pasal penyanyi dangdut, Ifa Raziah ni nampaknya. Kali ni, Ifa dilihat tidak puas hati dengan pendakwah yang menegur dirinya dan dianggap keterlaluan.
BACA: “Kau Ingat Gelek Di Khalayak Tu Dapat Pahala Ke?” – Ustaz Ahmad Dusuki Tegur Ifa Raziah

Ifa berpendapat pendakwah tidak sepatutnya memilih bulu dan hanya bersuara bila kesalahan itu dilakukan selebriti tetapi senyap bila ia dilakukan pendakwah lain.
Apabila ada isu tular melibatkan selebriti, laju saja beri komen seolah-olah saya ini penjenayah dan pembunuh. Tetapi, apabila ada pendakwa yang buat hal, senyap pula.
Langsung tiada sebarang ulasan mahupun terbiah yang dikeluarkan di media sosial mereka. Saya hairan mengapa ada sikap prejudis seperti ini.
Ifa juga berharap agak pendakwah ini menegur secara menyeluruh dan melihat itulah dakwah yang sebenar.
Kredit: Utusan
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM