Connect with us

Oh! Media

“Buat Apa Nak Maki Gaduh” – Zarina Anjoulie Report Polis, Saman Individu Aibkan Dirinya

Anju

Oh! Artis

“Buat Apa Nak Maki Gaduh” – Zarina Anjoulie Report Polis, Saman Individu Aibkan Dirinya

Selebriti dan influencer sensasi, Zarina Anjoulie hadir di Ibu Pejabat Daerah Nilai hari ini untuk membuat laporan polis terhadap seorang individu yang didakwa telah memuat naik kandungan mengenai dirinya tanpa henti.

BACA: “Time Kau Susah Siapa Tolong Kau?” – Zarina Anjoulie Selar Ammar Alfian?

Menerusi satu hantaran di Instagram, Zarina atau lebih mesra dipanggil Anju mendakwa video yang dimuat naik individu itu bertujuan untuk meraih views, memalukan serta mengaibkannya.

IKLAN

Tidak mahu berbalah di media sosial, selebriti ini menggunakan saluran undang-undang untuk menegakkan keadilan.

Buat apa nak maki gaduh kalau kita boleh guna channel yang betul. Undang-undang ada, ikut saluran yang betul. Ramai orang suka berlakon gila demi kepentingan sendiri. Saya, doctor dan pak cik saya (kami semua mangsa) akan bergabung untuk proceed dengan tindakan saman dan undang-undang terhadap individu ini.

Selain Anju, doktor serta bapa saudaranya yang dikatakan turut menjadi mangsa akan bergabung meneruskan tindakan saman terhadap individu tersebut.

Selebriti ini bagaimanapun tidak menjelaskan dengan lanjut mengenai isu yang tercetus di antara mereka. Ruangan komen perkongsian itu turut ditutup kepada umum.

Kredit: Instagram Zarina Anjoulie

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas