Connect with us

Oh! Media

Isu Gajah Liar Nampak Lucu, Shahrol Dedah Pernah Ada Kes Kemalangan Hingga Kritikal

shahrol

Oh! Artis

Isu Gajah Liar Nampak Lucu, Shahrol Dedah Pernah Ada Kes Kemalangan Hingga Kritikal

Pelawak yang kini bergiat aktif dalam bidang politik, Shahrol Shiro telah diangkat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Kluang, Johor 2022/2023.

BACA: Shahrol Shiro Angkat Sumpah Sebagai Ahli MPK, Janji Selesaikan Masalah Gajah Liar

Berita baik itu dikongsikan Shahrol sendiri menerusi satu hantaran di Instagram di mana dia dilihat sedang menghadiri acara angkat sumpah.

IKLAN

Namun, apa yang meraih perhatian netizen adalah janjinya untuk menyelesaikan isu gajah liar sehingga ada yang menjadikannya sebagai bahan jenaka.

Menurut Shahrol meskipun nampak lucu, tetapi masalah itu sangat membimbangkan penduduk di kawasan Kluang.

Sebelum ini ada kes kemalangan melibatkan seorang remaja dengan gajah liar sehingga remaja itu kritikal. Kini, gajah sudah berani masuk ke taman perumahan di Taman Sri Impian.

Menerusi hantaran lain, Shahrol memuat naik sekeping gambar menunjukkan sekumpulan gajah di kebun kelapa sawit. Bukan seekor tetapi berpuluh ekor!

Bahaya betul ni, iyalah kalau dah masuk ke taman perumahan mestilah penduduk bimbang. Semoga masalah ini segera diselesaikan.

Kredit: Instagram Shahrol_Shiro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Arini Saleh Penulis
Penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas