Connect with us

Oh! Media

“Tak Busuk Ke Mesin Basuh Tu Nanti?” – Idea Kreatif Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh Jadi Bualan Netizen

cuciperutlembu

Trending

“Tak Busuk Ke Mesin Basuh Tu Nanti?” – Idea Kreatif Cuci Perut Lembu Guna Mesin Basuh Jadi Bualan Netizen

Sambutan Hari Raya Aidiladha pada tahun ini dipenuhi dengan pelbagai kisah menarik yang tular di media sosial.

BACA: Hari Paling Agung Di Sisi Allah

Antaranya, pengalaman bergelut untuk menenangkan lembu sebelum proses penyembelihan serta ada juga yang berkongsi detik sedih kerana lembu yang mereka jaga selama ini perlu dikorbankan.

IKLAN

Cuci perut lembu guna mesin basuh

Seperti yang kita tahu, kesabaran yang tinggi amat diperlukan bagi membersihkan perut lembu kerana ia mengambil masa yang agak lama untuk dibersihkan.

Tular satu video di TikTok memaparkan seorang lelaki yang menunjukkan idea kreatif untuk mencuci serta membersihkan perut lembu.

@makey.24jey beginilah setiap tahun, bende boleh cepat buat apa nk lambatkan hahahaha.😂#foryou #viral2022 #fyp #fypシ #makanlokal #myfoodie #makanemoji ♬ Cumbia Buena – Grupo La Cumbia

Menerusi video dimuat naik makey.24jey itu, lelaki tersebut bertindak memasukkan bahagian perut lembu ke dalam mesin basuh untuk melakukan proses pembersihan.

Dapat dilihat bahagian perut lembu yang pada awalnya berwarna hitam menjadi putih bersih selepas dibersihkan.

Idea kreatif jadi bualan netizen

Idea kreatif lelaki tersebut mendapat pelbagai respon dari warganet. Rata-rata mereka menzahirkan rasa bimbang dimarahi kaum isteri kerana mesin basuh yang digunakan itu akan berbau busuk.

screenshot 2022 07 12 at 122125
screenshot 2022 07 12 at 122132
screenshot 2022 07 12 at 122154
screenshot 2022 07 12 at 122147

Mungkin mesin basuh yang digunakan lelaki ni memang khas untuk mencuci perut lembu? Tapi apa-apa pun, memang kreatif dan berkesan cara digunakan lelaki ini untuk membersihkan perut lembu.

Kredit: TikTok makey.24jey

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

OH! MEDIA

Kongsikan artikel ini

Kongsikan artikel ini jika anda rasa lebih ramai patut mengetahuinya.

BULETIN OH! MEDIA

Baca Yang Paling Best Je.

Berita terbaik terus ke e-mel anda setiap malam. Percuma!

Pautan artikel telah disalin.
author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas