Connect with us

Oh! Media

“Mereka Kawan Kita Juga” – M Nasir Tak Mahu Perbesar Isu Lagu Tiara ‘Rosak’ Dinyanyikan BBNU

M Nasir

Oh! Artis

“Mereka Kawan Kita Juga” – M Nasir Tak Mahu Perbesar Isu Lagu Tiara ‘Rosak’ Dinyanyikan BBNU

Lagu Tiara yang dipopularkan oleh kumpulan Kris kembali menjadi siulan selepas penyanyi muda dari Indonesia, Raffa Affar membuat rakaman semula lagu itu.

Di Youtube, versi Raffa Affar telah meraih sehingga 22 juta tontonan sehingga menjadi latar belakang muzik di aplikasi TikTok.

BACA: “Saya Tak Buat Sesuka Hati, Suka Lagu Mendayu-Dayu”- Raffa Affar Jawab Kritikan Rosakkan Lagu Tiara

IKLAN

Tapi baru-baru ini, Raffa dikritik merosakkan lagu Tiara apabila muncul menyanyikannya secara langsung di konsert Road To Kilau Raya di Indonesia. Melodinya juga telah diubah menjadi mendayu-dayu.

@mohd_yusuf86

KLU aku nyanyi kelaut xpe sbb aku bukan artis .

♬ bunyi asal – Mohd yusuf

M Nasir sebagai pencipta sepenuhnya lagu itu bagaimanapun menganggap isu itu tak perlu diperbesarkan.

Beliau sama sekali tiada masalah kerana versi cover sudah biasa terjadi dalam industri muzik. Penyanyi negara kita sendiri ada buat perkara yang sama, ujarnya.

Ia pendapat peribadi (komen netizen), sama ada hendak marah atau tidak.

Mengenai melodi yang diubah-ubah sehingga lagu rosak, penyanyi dan komposer terkenal ini berkata ianya satu fenomena yang tak dapat dikawal.

Itu (rosak lagu) ya lah sikit, tetapi ia tetap akan berlaku dan kita tidak dapat mengawal perkara itu.

Kita kalau hendak buat sesuatu (tindakan) boleh, tetapi saya ingat dalam keadaan sekarang kita tak payah (perbesarkan) kerana mereka kawan kita juga.

Beliau turut mengakui trend media sosial hari ini berbeza, halwa telinga pendengar pun lain.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Arini Saleh
Arini, Editor-In-Chief di Oh! Media, merupakan penulis sepenuh masa yang pakar dalam menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, memastikan pembaca sentiasa mendapat maklumat yang terkini dan menarik.
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas