Connect with us

Oh! Media

“Saya Tak Buat Sesuka Hati, Suka Lagu Mendayu-Dayu”- Raffa Affar Jawab Kritikan Rosakkan Lagu Tiara

Ohmedia raffa affar tiara

Oh! Artis

“Saya Tak Buat Sesuka Hati, Suka Lagu Mendayu-Dayu”- Raffa Affar Jawab Kritikan Rosakkan Lagu Tiara

Memang tidak dapat dinafikan lagu Tiara yang dinyanyikan kumpulan Kris dengan hasil ciptaan Datuk M.Nasir kembali popular semula kerana BBNU Indonesia, Raffa Affar. Bagaimanapun, versi dari BBNU ini mendapat kritikan dari peminat Malaysia kerana telah mengubah melodi asal kepada mendayu-dayu.

BACA: “Kenapo Dilombikkan, Bengis Betul Dibuatnya..”- Dato Hattan Tegur BBNU Seberang Bawa Lagu Lama

Image 13

Sehinggakan, Datuk Hattan pun bengis dibuatnya lepas dengar lagu Tiara dari rock jadi mendayu-dayu. Selain itu, Hattan turut mempersoal adakah penyanyi BBNU itu ada meminta izin untuk membuat single sendiri dan meminta agar menghormati karya asal.

IKLAN

Raffa nafi dia rosakkan lagu Tiara

Terbaru, selepas teruk dikritik, Raffa akhirnya tampil menepis tuduhan dia telah merosakkan lagu tersebut. Memetik laporan Harian Metro, Raffa berkata dia hanya berkarya dengan caranya yang tersendiri.

Versi saya ini juga adalah arahan daripada syarikat rakaman dan sudah dipersetujui oleh penerbit. Jadi, saya tak buat sesuka hati.

Saya sangat gembira sebab dapat buat cover versi saya sendiri dan saya terkenal sebab selalu buat lagu tersebut versi tersendiri.

Image 14

Nampaknya Raffa yang baru berusia 20 tahun ini, bangga dapat terkenal dengan hasil lagu orang lain. Dalam pada itu, Raffa juga menegaskan dia tidak memaksa pendengar untuk menyukai lagu yang dibawanya.

Semua orang bebas berpendapat. Jadi, saya tak boleh memaksa orang untuk suka atau tidak. Kalau mereka suka Alhamdulillah, kalau tak ada yang suka, berterima kasih juga.

Raffa turut mengakui dia memang suka dengan lagu yang mendayu-dayu dan gembira dapat melakukan versi sendiri.

Tiara ori dan raffa

Saya tahu lagu Tiara itu popular pada 1991 apabila diberitahu oleh syarikat rakaman dan saya pun mendengarkannya.

Apapun, Raffa tidak menjawab persoalan samaada sudah mendapat izin dari pemilik lagu asal atau belum. Diharapkan pihak penerbit Raffa dapat memberikan penjelasan memandangkan mereka yang memberikan cadangan untuk menerbitkan lagu Tiara.

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
M. Hafizal
Hafizal adalah penulis sepenuh masa di Oh! Media yang sentiasa hadir menemani anda, terutama di saat-saat lewat malam. Untuk mendapatkan berita terkini dan cerita viral, jangan lupa cari nama Hafizal—sentiasa ada untuk menghibur dan menginformasikan anda!
Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas