Trending
Peguam, Nurul Hafidzah Beri Pesanan ‘Pedas’ Buat Pemfitnah, Anggap Mereka Pamerkan Kebod*han Maksimum
Hangat betul nama peguam ni sekarang sehinggakan tiap-tiap hari diserang netizen. Namun, Nurul Hafidzah nampaknya tak mendiamkan diri selepas mengeluarkan pesanan pedas buat pemfitnah dirinya.
BACA: Netizen Persoal Peguam Bela Siti Bainun Boleh Berzapin Pula

Pesanan itu dikongsikan di Instagram yang mahukan pendidikan undang-undang diajar sejak bangku sekolah lagi. Ini kerana, dia melihat ramai yang menunjukkan ‘kebodohan’ masing-masing tentang undang-undang tanpa memahami perkara itu.
Sama sahaja, 2×5
Pendidikan undang-undang asas patut bermula dari sekolah. Sebab buktinya masih penuh merata-rata orang yang mempamerkan kebodohan maksimum, yang tak faham hujung pangkal, proses, sebab dan lain-lain. Tak kisahlah professional, terpelajar, dan apapun status sosial ekonomi mereka. Sama sahaja. 2×5.
Dalam hantaran berkenaan, Hafidzah tidak menyebut nama mana-mana pihak, namun jelas memerli golongan pemfitnah yang menfitnah dirinya dengan memberi tips untuk masuk ke syurga.
Sapa-sapa nak masuk syurga. Boleh ikut tips ni. Buat fitnah. Atau percaya fitnah yang dibuat. Sebarkan fitnah itu. Sambut menyambut fitnah.
Sebelum ini, ramai netizen melemparkan kata-kata kesat buat peguam ini kerana telah mewakili pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun yang didakwa telah mendera seorang remaja Sindrom Down, Bella.
Kredit: Instagram
+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media
Fimie Don Dedah Realiti Berlakon Drama Hikayat Putera Shazlan | Oh! Podcast Ep25
OH! MEDIA 14/03/2026 8:00 PM