Connect with us

Oh! Media

Samirah Dan Dua Remaja, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

Samirahmuzaffar

Trending

Samirah Dan Dua Remaja, Lepas Pertuduhan Bunuh CEO Cradle Fund

Mahkamah Tinggi hari ini membebaskan serta melepaskan balu kepada Nazrin Hassan, Samirah Muzaffar serta dua remaja dari pertuduhan membunuh bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Cradle Fund Sdn. Bhd. itu empat tahun lalu.

BACA: Keluarga Pengasas Dnars Skincare Buat Laporan SPRM, Dakwa Proses Bawa Pulang Jenazah Tak Ikut Prosedur

Keputusan itu diputuskan Hakim Datuk Ab. Karim Ab. Rahman selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie diakhir kes pendakwaan terhadap ketiga-ketiga tertuduh.

IKLAN

Ab. Karim menyatakan bahawa tiada bukti yang menunjukkan ketiga-tiga tertuduh bersama si mati seperti yang dinyatakan dalam pertuduhan.

Untuk info, pada 7 April yang lalu, mahkamah telah selesai mendengar hujahan daripada kedua-dua belah pihak di akhir kes pendakwaan dan seramai 57 orang saksi pendakwaan dipanggil bagi membantu prosiding bicara peringkat pendakwaan.

Samirah Muzaffar, 47, dan dua lagi remaja serta Eka Wahyu Lestari, seorang warga Indonesia yang masih lagi bebas, didakwa melakukan pembunuhan bersama-sama dengan niat sehingga menyebabkan kematian Nazrin, 45.

Kesalahan dilakukan di sebuah rumah di Mutiara Damansara, Petaling Jaya pada 13 Jun hingga 14 Jun 2018.

Kredit: Kosmo

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

🚀 Baca Yang Paling Best Je.

Setiap jam 8 malam, kami pilih yang paling best dan hantarkan terus.
Percuma. Tak spam. Just the good stuff.

Kongsikan artikel ini:

author avatar
Ilyasha Amirul
Ilyasha, bekas penulis sambilan di Oh! Media, mahir menghasilkan artikel berkaitan isu viral dan trending di media sosial, meninggalkan impak melalui kandungan yang relevan dan menarik.

Lagi dalam kategori Trending

Ke Atas