Connect with us

Oh! Media

Wardina Safiyyah Tempelak Kenyataan Fynn Jamal Dalam Sesi IG Live

Oh! Artis

Wardina Safiyyah Tempelak Kenyataan Fynn Jamal Dalam Sesi IG Live

Baru-baru ini, Fynn Jamal telah mengundang kemarahan orang ramai apabila dia memberi pendapat mengenai isu rogol di laman sosialnya. Walaubagaimanapun, pelakon Wardina Safiyyah tampil menempelak kenyataan tersebut.

ADVERTISEMENT



Menurut Wardina, jenayah rogol itu berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walaupun niatnya ingin menyedarkan orang ramai, kenyataan yang dikeluarkan oleh penyanyi itu adalah kurang tepat kerana caranya seperti menyalahkan wanita.

Semua orang menutup aurat tapi hakikatnya rogol berlaku sejak sekian lama dan sukar dibendung. Walau niat Fynn untuk menyedarkan orang ramai tapi cara awak seperti menyalahkan wanita semata-mata. Tutup salah, tak tutup salah. Hakikatnya dalam dunia ini tak semua wanita menutup aurat misalnya wanita bukan Islam. Jadi, isu ini kompleks dan ada banyak lapisan. Ia tidak boleh dibincangkan dengan cara sebegini. -kata Wardina

Wardina juga menasihatkan Fynn agar meminta maaf kepada semua dan akui bahawa isu tersebut adalah kompleks. Terdapat banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu terutamanya faktor psikologikal.

Nasihat saya minta maaf dan akui bahawa isu ini kompleks. Katakan bahawa awak bersimpati atas mangsa rogol. Lelaki patut dipersalahkan, tapi ada banyak faktor yang mendorong lelaki melakukan jenayah itu antaranya faktor psikologikal. Bukan tugas kita untuk menjaga iman lelaki, mereka perlu jaga iman mereka sendiri andai diletakkan perempuan bogel hadapan mereka sekali pun. Bila awak cakap selfie, akan ada banyak cara untuk orang menyalahtafsirkannya. Jadi janggan cakap. Tak ada salahnya kalau nak upload gambar sendiri. Wanita bukan satu fitnah tapi seluruh dunia ini fitnah. Tapi kita perlu hidup dalam masyarakat yang mana wanita pun boleh keluar rumah dan pergi belajar.

Terbaiklah, Wardina! Kata-kata yang dikeluarkan oleh pelakon itu memang sangat padat dan senang untuk memahami. Apapun, Ohmedia doakan agar isu ini dapat diselesaikan secara baik.

OHMEDIA: ALA FYNN. MINTA MAAF JER LAH DEKAT SEMUA ORANG.

Kredit: Twitter

+ Baca respon pembaca beri pendapat di Facebook Oh! Media.




Comments

Lagi dalam kategori Oh! Artis

Ke Atas