Connect with us

Oh! Media

Sejarah Tercipta! Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Ketujuh

Oh! Negara

Sejarah Tercipta! Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Menteri Ketujuh


ADVERTISEMENT












Sejarah tercipta apabila Tun Dr Mahathir Mohamad, dengan rasminya diisytihar sebagai Perdana Menteri Malaysia Ketujuh apabila istiadat mengangkat sumpah selamat berlangsung di Istana Negara, pada Khamis malam 10 Mei 2018.


Beliau mengangkat sumpah sebagai  Perdana Menteri  di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V. Pemimpin-pemimpin kanan negara, pegawai kanan kerajaan dan dif-dif kehormat yang diundang, turut menjadi saksi peristiwa penting itu.

Selepas enam dekad, Balairong Seri sekali lagi menjadi saksi bersejarah yang merakamkan detik peralihan politik setelah negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957. Pengerusi Pakatan Harapan (PH) yang berusia 92 tahun itu juga mecipta rekod tersendiri apabila kembali dipilih untuk menyandang jawatan tertinggi pentadbiran negara buat kali kedua.

Selain daripada itu, beliau juga melakar portfolio istimewa apabila menjadi Perdana Menteri tertua di dunia, seperti yang dilaporkan media antarabangsa.

Terdahulu, Dr Mahathir berkata, selepas upacara angkat sumpah itu, beliau akan mengadakan pertemuan dengan kesemua empat presiden parti komponen Pakatan Harapan bagi membincangkan barisan Kabinet yang baharu.

Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihan raya negara ini, pihak pembangkang berjaya menawan Putrajaya. Pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berlangsung pada Rabu, PH memenangi 113 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk sebuah Kerajaan Persekutuan yang baharu.

Dr Mahathir yang bertanding atas tiket PKR memenangi kerusi Parlimen P004 Langkawi dengan majoriti 8,893 undi, menewaskan calon dari Barisan Nasional (BN) dan Pas. Beliau memperoleh 18,954 undi untuk mengatasi Datuk Ir Nawawi Ahmad (BN) yang mendapat 10,241 undi dan Zubir Ahmad (Pas) yang memperoleh 5,512 undi.
Sebelum ini, Dr Mahathir merupakan Perdana Menteri keempat dari 16 Julai, 1981 hingga 31 Oktober 2003.

Sumber : Astro Awani

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas