Connect with us

Trump Rancang Sekat TikTok Dari China Pula Sebagai Hukuman Sebarkan Wabak!

Oh! Politik

Trump Rancang Sekat TikTok Dari China Pula Sebagai Hukuman Sebarkan Wabak!

Selepas menyekat teknologi Huawei dari menggunakan Google Mobile Service (GMS), kali ini Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhasrat untuk menyekat aplikasi TikTok pula.

Langkah ini dilihat Trump sebagai hukuman kepada China yang menyebabkan pandemik Covid-19. Untuk pengetahuan korang, dari awal penyebaran wabak ini lagi Trump telah menuduh China secara berterusan sebagai punca berlakukan wabak yang menyerang satu dunia ini.

Sekarang TikTok pula menjadi mangsa dua kuasa besar ini dan telah dituduh menjadi alat risikan China.

Ia adalah sesuatu yang kami akan lihat. Ia adalah perniagaan yang besar. Lihat apa yang berlaku di China akibat virus ini, apa yang mereka sudah lakukan kepada negara ini dan seluruh dunia adalah memalukan. – Kata Trump.

Respon balas yang dikeluarkan China menyatakan AS hanya mengeluarkan tuduhan demi tuduhan yang tidak berasas.

Kenyataan yang diberikan ahli politik di AS adalah tidak berasas dan hanya bersifat tuduhan. Kerajaan China selalu mengingatkan perniagaan China yang beroperasi di luar negara agar mematuhi peraturan ditetapkan. – Kata jurucakap Kementerian Luar China, Zhao Lijian.

Wakil dari pengurusan TikTok juga menyatakan yang mereka diketuai pegawai eksekutif dari AS dengan ratusan kakitangan mengendalikan aspek keselamatan, produk dan polisi di AS dan tuduhan yang dikeluarkan Trump memang tidak masuk akal.

OHMEDIA: ITULAH YANG BERLAKU DI ANTARA 2 KUASA BESAR INI DAN IA TIDAK AKAN BERKESUDAHAN!

Kredit: Harian Metro

+ Baca respon pembaca di Facebook Oh! Media.



Penulis sepenuh masa di Oh! Media. Skop penulisan merangkumi segala aspek terkini & viral.

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Politik

Trending

To Top