Connect with us

Oh! Media

Perdana Menteri Tegur Penjawat Awam Jangan Bocorkan Rahsia Kerajaan

Oh! Negara

Perdana Menteri Tegur Penjawat Awam Jangan Bocorkan Rahsia Kerajaan

ADVERTISEMENT

Perdana Menteri berkata, akhir-akhir ini banyak rahsia kerajaan telah “bocor” dan meminta penjawat awam untuk menutup mulut daripada terus membocorkan rahsia kerajaan.

“Tolong jaga rahsia kerajaan,” katanya.

Beliau berkata jika sesebuah jawatan atau kementerian belum bersedia membuat pengumuman, perkara itu tidak perlu didedahkan kepada umum kerana keputusan akhirnya mungkin berbeza. Bila ianya dihebahkan sebelum keputusan sebenar dibuat, tentulah ianya memberi impak buruk kepada kerajaan.

“Tengok apa jadi dengan caj tol, sebelum dimuktamadkan, ia sudah bocor kepada orang awam,” katanya.

Najib pada 13 Jun lalu menyifatkan pihak yang membocorkan cadangan kenaikan tol lebuh raya sebagai mengkhianati kepercayaan kabinet. Perdana menteri juga menegaskan keputusan menaikkan kadar tol berkenaan belum dimuktamadkan walaupun telah dibincangkan.

Menurut sumber, majoriti anggota kabinet telahpun bersetuju menaikkan kadar bayaran tol itu untuk 16 dari 19 lebuhraya di negara ini. Berita Harian turut melaporkan yang kadar bayaran tol untuk 16 lebuhraya ini akan dinaikkan antara 20 sen hingga RM1 bermula Ogos 2015 ini.

Apapun, jurucakap pemegang konsesi lebuhraya yang terlibat memberitahu BERNAMA yang mereka tidak tahu menahu akan perkara tersebut.

So as Malaysia, Ohmedia harap rakyat Malaysia bertenang terlebih dahulu. Harap jika kada tol dinaikkan, kerajaan akan ada alasan yang kukuh mengapa ianya perlu dinaikkan atau bungkus dalam PRU yang akan datang. Heh!

Comments

Lagi dalam kategori Oh! Negara

Ke Atas