Connect with us

Oh! Media

Teguran Doktor Muda Ini Buat Ramai Ibu Bapa Anti Vaksin Sentap!

Branded

Teguran Doktor Muda Ini Buat Ramai Ibu Bapa Anti Vaksin Sentap!

Melalui laman Facebook miliknya, Dr Taufiq Razif meluahkan rasa hiba beliau tentang kejadian yang baru-baru ini berlaku di Malaysia di mana seorang ibu kehilangan 2 orang anak serentak akibat Difteria, iaitu satu penyakit yang tidak disedari oleh ibu itu sendiri.

Berikut adalah apa yang ditulis beliau;

“Baru ni je pun ada kes sorang ibu berusia 40 tahun yang hilang 2 orang anaknya serentak akibat difteria, penyakit yang boleh dielakkan jika majoriti ibubapa kat Malaysia ni bersatu untuk lindungi anak masing-masing dengan vaksin.

Mula-mula si abang yg umur baru 2 tahun yg meninggal. Seminggu lepastu adik dia yg umur 11 bulan pulak yg meninggal. Dah la meninggal dalam diam je. Kejut tidur tak bangun bangun. Rupanya dah meninggal! Innalillah..

Bayangkan seorang ibu nak tanggung kesedihan yg amat dasyat ni. Bagi seorang ibu ni takde la kesedihan yg lebih dasyat daripada kematian si anak. Kalau kematian suami biasanya perempuan boleh tanggung lagi sebab suami diikat oleh ikatan akad je. Kesedihan bila kematian anak ni berbeza jauh sebab anak ni diikat oleh ikatan darah dan daging si ibu tu sendiri!

Bayangkan kesalahan tu sebenarnya ditanggung oleh para ibu yg taknak mevaksinkan anak-anak nya sebab percayakan doktor Google dan Facebook. Penyakit dasyat ni kembali merebak laju kat dalam negara kita ni berpunca daripada para ibu yg taknak vaksin anak anaknya la. Semakin sikit anak yang tak divaksin dalam sesuatu komuniti semakin cepat sesuatu penyakit tu meletus ( outbreak ).

Selama ni saya cuma jumpa penyakit ni kat Indonesia je. Tak pernah lagi dengar kes difteria kat Malaysia sebelum ni. Saya bukan apa, saya pernah saksikan sendiri betapa seksanya pesakit yg kena penyakit difteria ni. Cuba tengok komplikasi yg boleh muncul daripada difteria ni :

+ Saluran pernafasan boleh tertutup. Anak kita boleh mati sebab sesak nafas. Mati sesak nafas adalah mati yg perlahan lahan dan sangat kejam! ( Airway blockage )

+ Bila benda putih ( pseudomembrane ) dalam tekak tu tiba-tiba terjatuh atau tertelan, racun dalam tu boleh rosakkan otot jantung anak kita ( myocarditis )

+ Lepastu boleh juga terjadi kerosakan saraf ( neuropathy )

+ Anak kita jg boleh kena jangkitan paru-paru ( pneumonia )

Sebab dalam selaput putih tu ada toksin yg sangat-sangat mengancam nyawa si comel bila tertelan. Boleh jadi masa anak tu tengah tidur selaput tu tiba-tiba meluncur turun. Sangat lah berbahaya!

Tolong..tolong sangat siapa-siapa yg ada anak dan belum divaksin secara sempurna, tolong la sempurnakan vaksin mereka. Jangan percaya Google. Jangan percaya internet. Kerana yg merawatnya adalah kami para doktor. Kerana yg menyaksikan kematian mereka adalah kami para doktor.

P/S : Anak yang tak divaksin akan sangat terdedah dengan penyakit yang mengerikan seperti batuk kokol/batuk seratus hari ( pertussis ), kancing gigi ( tetanus ), campak, demam kepialu ( typhoid fever ), jangkitan pada otak ( meningitis ) dan bermacam lagi penyakit yang mematikan. Tolong ingatkan keluarga kita yang lain juga ye. #LengkapkanImunisasi #Janganlupacucuk

Dr Taufiq Razif

Comments

Lagi dalam kategori Branded

Ke Atas