1. Tingkatkan daya tahan diri
Kalau korang perasan, rakyat Malaysia ni kebanyakannya memang tak tahan pedas tau tapi korang pernah tak rasa untuk mencuba makanan yang pedas dan tengok tahap kepedasan korang sampai mana?
Ohmedia faham kadangkala kita sesuka hati je makan makanan yang pedas supaya untuk meningkatkan daya tahan diri kita. Jadi, inilah peluang terbaik untuk korang cuba sebagai permulaan korang merasai kepedasan tu.
2. Mampu tingkatkan keberanian diri
Ramai kata yang orang yang sanggup ambil risiko untuk makan pedas ni, seorang yang berani gais. Nak tahu sebab apa? Maklumlah, tak ramai sebenarnya yang sanggup berpeluh satu badan dan berair air mata hanya kerana makan pedas. Jadi, Ohmedia memang tabiklah dekat korang yang boleh makan pedas dengan muka rilek jer, macam tak ada apa-apa berlaku. Lepas tu berani pula minum air panas lepas makan pedas. Perghh!
3. Rasa pedas boleh kuruskan badan
Ada pula orang yang jenis kalau tak makan pedas, rasa semacam jer dan tak lengkap hidup, kah! Kalau korang nak tahu, makan benda pedas ni boleh meningkatkan metabolisme dalam badan kita. Macam tak percaya kan? Makan banyak-banyak untuk jadi kurus. Fuhh! Korang yang mana rasa badan dah membulat tu, bolehlah mula makan benda yang pedas banyak-banyak okay!
4. Kepedasan tidak membahayakan kesihatan
Setiap benda yang kita makan tu, pasti ada kebaikannya. Asalkan korang tak ambil secara berlebihan. Rasa pedas ni muncul dan terasa di lidah kita disebabkan ada molekul-capsaicin kimia. Korang mesti risau bila dengar ada kimia kan? Hasil kajian juga mendapati mereka yang sukan makan pedas terhindar dari terkena serangan jantung. Ini berlaku kerana molekul ini mampu kurangkan kolesterol dalam darah dan tingkatkan fungsi jantung kita.
5. Mampu mengawal emosi dengan baik
Sebenarnya bila kita makan pedas, badan kita akan hasilkan hormon baik yang dipanggil serotonin dan ia mampu membantu korang melegakan sebarang tekanan yang korang alami.
Kalau Vitamin A dan C mampu kuatkan dinding otot, rasa panas haba dari cili pula sebenarnya boleh bantu melancarkan peredaran darah dalam badan juga. Situasi ni sama macam korang bersenam lah gais, jarang makan pedas tak berpeluh kan? Haha!
Tapi, jaga-jaga! Apa-apapun korang kena beringat dan jangan makan pedas secara berlebihan. Nanti lain pula jadinya.
Oh ya, baru-baru ni McDonald’s ada keluarkan Spicy Chicken McNuggets yang terbaru tu. Jadi korang boleh cuba makan nuggets baru dari McD tu sebab rasa dia tak lah pedas sangat dan sangatlah sesuai untuk korang yang baru nak mencuba makan benda pedas ni. Tapi, kalau korang betul-betul nak cabar diri makan pedas-pedas, korang boleh cuba Ayam Goreng Spicy kegemaran ramai. Perghh! Serius pedas gila.